Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih | 1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri. 2: Singkatan muka surat ialah m.s. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Assalamualaikum. Soalan pertama, apakah nama hasil karya yang isi kandungan utamanya diambil daripada sesebuah buku dengan penambahan-penambahan isi daripada pengarang hasil karya itu sendiri? Hasil karya tersebut pula bukan berbentuk ringkasan, terjemahan, atau rumusan. Soalan kedua, adakah pihak DBP ada menerbitkan kamus istilah-istilah ilmu hadis? Jika ada, boleh saya tahu bagaimanakah cara untuk mendapatkannya? | Assalamu`alaikum. Terima kasih menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Jawapan: Soalan pertama: Pengambilan hasil karya orang lain adalah menyalahi Undang-undang Hak Cipta. Soalan kedua: DBP telah menerbitkan Glosari Hadis pada tahun 1994. | Lain-lain | 10.01.2011 |
Tuan, Jika saya ingin meringkaskan perkataan yang akan digunakan berkali-kali dalam sesuatu laporan adakah ringkasan berikut adalah betul (dalam kurungan) : Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) Terima kasih. | Dalam penulisan umum pengulangan nama khas lazimnya dipendekkan untuk kali yang kedua dan seterusnya setelah dieja penuh untuk kali yang pertama. Tetapi dalam penulisan undang-undang lebih-lebih lagi nama akta lazimnya ditulis penuh pada setiap kali akta ini dimaksudkan. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Assalamualaikum. 1. Bolehkah perkataan "mensanitasi" digunakan untuk "sanitising", dan "pemperibadian" untuk "personalisation"? 2. Apakah terjemahan/ringkasan untuk DBA ("doing business as") yang lazimnya diletakkan selepas nama sah syarikat dan diikuti oleh nama operasi syarikat berkenaan 3. Apakah padanan tepat untuk "probe" seperti "thermometer probe"? 4. Apakah terjemahan untuk "lowboy freezer" yang selalunya digunakan dalam persekitaran komersial seperti di restoran. Alat ini biasanya diletakkan di bawah kaunter. 5. Bolehkah frasa "Introduction to " diterjemahkan kepada "Pengenalan Nama kursus>" tanpa sebarang kata sendi? 6. Selain daripada "sarung tangan", adakah istilah lain yang sesuai untuk "mitt" yang dipakai di dapur untuk mengangkat periuk/kuali panas? 7. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut (dalam konteks penyediaan/keselamatan makanan): - "holding time" (kata nama) - "steamwell/steam table" (kata nama) - "skim" (kata kerja) - "skimmer" (kata nama) - "drain rod plunger" (kata nama) - "polishing shortening" (kata kerja) (salah satu langkah dalam proses membersihkan "fryer" di restoran | 1. 1. Cadangan terjemahan bagi “sanitizing” ialah mensanitasikan, manakala terjemahan bagi personalization pula ialah personalisasi 2. 2. Mohon berikan contoh ayat bagi penggunaan ("doing business as") agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat. 3. 3. Terjemahan yang sesuai bagi “Probe” ialah kuar yang bermaksud Peranti pengukur yang diletakkan di persekitaran yang akan diukur 4. 4. Terjemahan yang sesuai bagi “lowboy freezer” ialah peti penyejuk beku di bawah kaunter 5. 5. Terjemahan yang sesuai bagi “introduction” ialah pengenalan, jika “introduction to” pula bermaksud pengenalan kepada yang perlu digunakan dalam ayat. 6. 6. Terjemahan yang sesuai bagi mitt ialah mit atau sarung tangan 7. 7. Terjemahan yang sesuai bagi: - holding time - masa pegangan
- steamwell/steam table - bain-marie
- skim - skim
- skimmer - sudip berlubang, penyejat, penyiring atau senduk
- drain rod plunger – Pelocok Rod Saliran
- polishing shortening – Penggilapan Lemak Sayuran
| Makna | 22.04.2021 |
Salam.. Saya ingin membuat pertanyaan mengenai singkatan perkataan. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terdiri daripada dua kampus iaitu Kampus Sungai Long dan Kampus Kampar. Boleh saya tahu singkatan untuk perkataan SUNGAI LONG dan KAMPAR? Adakah SL dan KP? atau bolehkan pihak universiti menetapkan sendiri ringkasan yang ingin digunakan? Terima kasih dan salam ramadhan.. | pada pandangan kami nama khas seperti nama tempat perlu dieja penuh. Sekalipun hendak dibuat singkatan, hanya perkataan yang telah diketahui umum seperti sungai yang disingkatkan mengjadi sg. Tidak ada panduan khusus untuk ejaan singkatan kecuali singkatan bagi perkataan yang lazim ditemukan seperti kampung - kg. dan jalan - jln. Kami mencadangkan nama tempat-tempat tersebut dieja penuh kerana penulisan alamat juga ada implikasinya kepada sistem telekomunikasi yang boleh diakses melalui pelbagai medium. | Ejaan | 10.07.2015 |
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja. | Puan, Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak. Kepada: kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada: kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
| Istilah | 22.08.2011 |
Encik, saya dapati buku-buku terbitan Sasbadi telah mula menggunakan kata'mengenai' dengan maksud 'tentang'. Ada apa-apa perubahan daripada pihak DBP? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 278 menerangkan "tentang" ialah kata sendi nama, manakala "mengenai" ialah kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Walau bagaimanpun penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan "tentang" iaitu, berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata itu sebenarnya kata kerja, contohnya: Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan ... | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Apakah bezanya antara tentang dengan mengenai? Saya lihat beberapa keterangan di bahagian khidmat nasihat mengatakan boleh menggunakan tentang = mengenai. Jika tatabahasa baru mengatakan mengenai tidak boleh digunakan, kenapa syarikat DAWAMA menggunakan 'mengenai kami' di lamannya? | Merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual "tentang" kejadian rompakan itu. Selain itu, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang serupalah dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: Antar laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. | Tatabahasa | 16.12.2012 |
Boleh pihak DBP bezakan antara akronim dengan singkatan frasa contoh perkataan ABIM..LKIM..ADUN.LUTH.ini ialah akronim..sedangkam PkP, SOP DASAR WAWASAN NEGARA (DEN)dikira sebagai singkatan kata.TERIMA KASIH | Kata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan. Kata nama akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: 1. Akronim dibentuk dengan menggabungkan huruf awal sesuatu rangkai kata: Contoh: "ADUN" (Ahli Dewan Undangan Negeri) 2. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata dan huruf awal sesuatu rangkai kata: Contoh: "Perlihitan" (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata sesuatu rangkai kata: Contoh: "Bernama" (Berita Nasional Malaysia) 4. Akronim dibentuk dengan menggabungkan bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Contoh: "jentolak” (jentera tolak) Manakala singkatan pula bermaksud sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan. Contoh: "Encik" (En.) "Yang Berbahagia" (YBhg.) "Tengah Hari" (Tgh.) | Tatabahasa | 09.11.2022 |
1. bezakan-'terhadap' , 'tentang' dan 'mengenai' 2. sila sertakan contoh yang sesuai | Terhadap - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Tentang - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh: Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. | Tatabahasa | 02.02.2010 |