Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau ke­rugi­an: seorang sahaja yg menanggung ~ per­niagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-ke­mung­kinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kemungkinan mengalami kerugian, bahaya dll: Dlm kehidupan sehari-hari, kita sering terdedah kpd berbagai-bagai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risiko (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bahaya, ancaman, padah, akibat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Jangan ambil risiko dengan pilihan yang silap' soalan : Apakah ayat yang sesuai untuk menggantikan dengan ayat di atas.Ayat tersebut betul dan ayat lain yang boleh menggantikannya ialah "Jangan ambil risiko dengan membuat pilihan yang salah.Tatabahasa03.06.2009
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
dia langsung tidak bimbang tentang risiko yang bakal dihadapinya. Munsyi, adakah langsung betul digunakan? TK

Saudara/saudari,

Langsung menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, 1. terus dan tidak berantara; lantas:Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2. tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3. tepat dan tidak menyimpang:Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4. sedikit pun; sama sekali:Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya.

Merujuk pada konteks ayat di atas, penggunaan perkataan langsung merujuk kepada 'sedikit pun, sama sekali'. Oleh itu, penggunaan perkataan langsung dalam ayat di atas adalah betul.

Tatabahasa01.09.2012
Kod Amalan ini disusun sebagai garispanduan mengenai prosidur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dan keluaran-keluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimakan risiko pencemaran untuk keselamatan makanan.

Soalan puan tidak jelas, jika puan maksudkan penyemakan pada ayat/ejaan yang disertakan, sila rujuk ayat ini - Kod Amalan ini disusun sebagai garis panduan mengenai prosedur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dankeluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimumkan risiko pencemaran dalam makanan.

Lain-lain02.10.2010
Untuk penulisan glosori, apakah yang dimaksudkan dengan Zero Fill, prapanel, dispiralkan untuk penulisan pengurusan risiko Terima kasih

Dalam pangkalan data kami, padanan bahasa Melayu untuk zero fill ialah isi sifar (bidang Kejuruteraan). Tiada takrif diberikan untuk istilah tersebut. Istilah prapanel dan dispiralkan juga tidak ada dalam pangkalan data kami.

Istilah26.01.2011
apakah terjemahan Bahasa Malaysia untuk jawatan "Risk Management Consultant"?Istilah untuk 'Risk Management Consultant' ialah Perunding Pengurusan Risiko.Istilah23.07.2011
Apakah maksud bagi setiap rangkap perkataan ini, 'mendefinisikan rangka kerja', 'membina rangka kerja', 'mengurus rangka kerja', 'mengurus isu', 'mengurus skop', 'mengurus komunikasi', 'mengurus risiko', 'mengurus dokumentasi', 'mengurus kualiti' & 'mengurus metriks'.Mendefinisikan rangka kerja bermaksud memberikan takrifan terhadap perancangan kerja yang dibuat, mengurus rangka kerja pula bermaksud mengaturn perancangan kerja, manakala untuk mendapatkan maksud frasa yang lain sila layari prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan yang dimaksudkan dalam ruangan carian kata.Makna07.10.2010
assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. bagi penulisan minit mesyuarat, adakah salah atau tidak untuk meletak kan nama pencadang isu atau pertanyaan daripada ahli mesyuarat. sebagai contoh: A.1 Encik Ali bertanya apakah risiko sekiranya langkah teersebut dilaksanakan?Lazimnya yang dilaporkan dalam minit ialah keputusan mesyuarat dan siapa yang mengambil tindakan tersebut. Minit tidak mencatatkan siapa pencadang, yang penting ialah keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.Tatabahasa13.04.2011
Saya memuat turun teks laporan ini daripada Malaysian Law Journal, adakah penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan adalah betul, dan jika tidak, apakah kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks laporan ini? disini saya sertakan teks laporan tersebut.Merujuk perenggan awal teks yang dilampirkan, beberapa kesalahan dapat dikesan termasuklah dari aspek ejaan, tanda baca, istilah, penggunaan kata sendi nama, pemilihan kata dan binaan ayat yang tidak gramatis. Contoh kesalahan yang ditemukan ialah samada, di lakukan, mel-elektronik, dari risiko, mewujudkan kasih sayang di antara suami isteri, mengukir sejarah dan lain-lain.Tatabahasa07.04.2013
Untuk makluman pihak kami ada menggunakan perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris contohnya 'hazard' dalam beberapa dokumen. Namun begitu, perkataan tersebut dicondongkan (italic). Persoalannya adalah apabila menggunakan perkataan imbuhan contohnya 'berhazard', adalah kami perlu menyondongkan semua perkataan 'berhazard' atau memadai menyondongkan 'hazard' sahaja dan tidak bagi imbuhan 'ber'. Mohon khidmat nasihat pihak Tuan.Untuk makluman, perkataan "hazard" tidak diterima sebagai kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "hazard" perlu diterjemahkan dan mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti bahaya, mudarat, risiko, ancaman, halangan, bencana, mala petaka dan nahas. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemah kepada bahasa Melayu, contohnya, berbahaya dan berisiko.Istilah07.08.2012

Kembali ke atas