apakah perkataan lain bagi ikon dalam bahasa malaysia? | Ikon bermaksud 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat. | Lain-lain | 17.06.2010 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris scrupulousity / scrupulosity? Scrupulousity ialah sejenis penyakit psikiatri OCD melibatkan perasaan takut melampau yang tidak normal terhadap dosa dan keredaan Tuhan, diiringi dengan ritual yang "aneh pada orang ramai" untuk menghilangkan rasa takut tersebut. Adakah boleh diterjemahkan kepada "waswas"?, "waswasah"?, Ataupun skrupel? Ataupun terus kepada skrupulositi? | "Scrupulosity" dipadankan sebagai skrupulositi dalam istilah perubatan bahasa Melayu. | Istilah | 13.07.2020 |
Saya Zulkiflee Aromat sedang belajar bahasa dasar di Universiti fatoni ingin DBP,Apakah maksud puisi lama Terima kasih | Puisi lama disebut juga sebagai puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 22.09.2016 |
saya nama zulkiflee aromat sedang belajar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.ingin bertanya maksud puisi kono terimakasih | Puisi kuno bermaksud puisi lama atau puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 08.09.2016 |
Saya Zulkiflee Aromat Sedang belajar Bahasa Melayu Dasar di Universiti Fatoni.Ingin Bertanya DBP,Apakah Maksud puisi Lama Terimakasih | Puisi lama dikenali sebagai puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. Puisi tradisional bersifat kolektif, milik bersama masyarakat, tidak menyatakan nama penulis atau pengarang dan disebarkan secara lisan iaitu dari mulut ke mulut. Sastera tradisional terbagai kepada puisi dan prosa. | Sastera | 22.09.2016 |
Saya Zulkiflee aromat sedang berlajar bahasa melayu dasar di Universiti fatoni. Ingin bertanya DBP,apakah maksud puisi lama | Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 22.09.2016 |
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan pihak tuan bagi beberapa istilah / perkataan terapi bermain berikut : 1) plush doll play 2) magic wand play 3) bop bag play 4) puppet play 5) play therapy rituals 6) desensitization play 7) feeling faces 8) suitcase playroom Terima kasih atas bantuan pihak tuan. Saya amat menghargainya. | Salam Sejahtera. Menurut data kami, belum ada istilah untuk perkataan tersebut. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut: 1) Plush doll play – mainan patung plush 2) Magic wand play – mainan tongkat sakti 3) Bog bag play – mainan beg bop 4) Puppet play – mainan boneka 5) Ritual therapy play – mainan terapi ritual 6) Desensitization play – mainan penyahpekaan 7) Feeling faces – wajah beremosi 8) Suitcase playroom – mainan bilik dalam beg pakaian Sekian. Terima kasih. | Istilah | 27.09.2017 |