Assalamualaikum, Bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya bagi penulisan riwayat hadis? Contoh: Ertinya: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata, daripada Ibn Juraij, beliau berkata, daripada al-Zuhri, beliau berkata, daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, Baginda menanggalkan cincinnya." Harap pihak tuan/puan perhatikan ketepatan setiap tanda baca yang saya gunakan. Terima kasih. | Cara penulisan hadis yang betul: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata daripada Ibn Juraij, beliau berkata daripada al-Zuhri, beliau berkata daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, baginda menanggalkan cincinnya." | Tatabahasa | 21.11.2019 |
1. Saya hendak mengetahui makna perkataan Biografi dan Jurnal secara spesifik. Terima Kasih. | Merujuk Kamus Dewan biografi bermaksud; 1. riwayat atau kisah hidup seseorang; 2. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Manakala jurnal bermaksud 1. terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3. buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku. | Makna | 15.04.2009 |
Apakah maksud pentadbiran? saya memerlukan riwayat hidup sultan kedah... sultan abdul halim, sultan badlishah dan sultan abdul hamid... | Sdr. Pentadbiran mengikut definisi Kamus Dewan adalah ...' perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan". Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah Sultan Kedah ke 25 (1882-1943), Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah ke 27 (1943-1958) dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Syah adalah Sultan Kedah ke 28 (1958-). Biodata duli tuanku boleh dirujuk dalam Ensiklopedia Sejarah, Kebudayaan Melayu terbitan DBP. | Lain-lain | 22.08.2008 |
salam...saya ingin mengetahui tentang riwayat hidup Mejar Dato` Mohd Said Sulaiman serta sumbangannye dalam perkembangan bahasa Melayu | Sila rujuk bahan ini : Biografi Mejar Mohd Said Sulaiman. oleh Ratna Inzah. Majalah Pelita Bahasa . keluaran Disember 1989 | Lain-lain | 23.03.2008 |
Mohon pencerahan tentang ayat yang betul (1) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim atau (2) Hadis daripada Bukhari dan Muslim (3) Hadis Bukhari dan Muslim | Ketiga-tiga ayat ni betul. Walau bagaimanapun antara ayat pertama dan ayat kedua, ayat pertama lebih banyak digunakan dalam laras agama, manakala ayat ketiga menunjukkan penjenisan hadis mengikut perawi. | Tatabahasa | 05.03.2020 |
maksud buku biografi | Buku biografi ialah buku mengenai riwayat atau kisah hidup seseorang. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
apa itu teromba dan contoh-contohnya? | Teromba ialah sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo, riwayat. | Makna | 25.01.2007 |
Saya Nuruyah Cheadeng, sedang belajar Bahasa Melayu dasar,Di selatan Thai ingin bertanya,Apakah buku yang mengceritakan riwayat kemajuan pattani dimasa silam,terima kasih. | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Sejarah Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. | Lain-lain | 06.11.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan istilah yang sesuai bagi "curriculum vitae"? Adakah vitae kurikulum atau kurikulum vitae? Kalau di Indonesia, biasanya disebut Daftar Riwayat Hidup. Terima kasih. | Padanan curriculum vitae ialah kurikulum vitae. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.05.2015 |
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju? | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan. | Makna | 23.07.2007 |