| Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Setiap pagi Rizal menggosok gigi. Rizal menggosok gigi setiap pagi. Terima kasih | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: (1) Pada setiap pagi Rizal menggosok gigi. (2) Rizal menggosok gigi pada setiap pagi. | Tatabahasa | 25.03.2014 |
| Rizal Othman Dec 15th, 11:04pm Salam...bagaimana cara utk myertai novel sejarah dan bgkel penulisan novel tsebut? | Boleh terus menghubungi Urus Setia atau e-mel yang dinyatakan seperti dalam Syarat-syarat penyertaan, iaitu selepas perkara 12. | Lain-lain | 15.12.2014 |
| Sah Rizal Nov 19th, 8:22pm Salam. Macam ada yang x kena saja peta buku Sejarah Tahun 6. | Pembetulan sedang diusahakan. Terima kasih. | Lain-lain | 19.11.2015 |
| M Rizal Bob Buat guidelines/akta/peraturan/tataamalan pun dlm bahasa Inggeris.. bila dah nak publish terkial2 hantar jabatan terjemahan utk terjemahbke bahasa... ini adalah realiti dalam kerajaan!! | Untuk amklumat tuan, melalui pelbagai kegiatan bersama antara DBP dengan jabatan kerajaan telah menghasilkan impak yang amat baik dan bermanfaat untuk Negara. Banyak dokumen, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan mempunyai salinan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2015 |
| Mohd Rizal Abdullah Jul 12th, 2:19pm Salam tuan.sy rizal wartawan dari Harian Metro..saya nak tanya ada istilah bahasa malaysia untuk power bank(yg cas telefon) | Perkataan power bank diterjemahkan kepada bank kuasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.07.2015 |
| mendapatkan vaksin Covid-19 atau mendapat vaksin Covid-19? | Kedua-dua perkataan "mendapatkan" dan "mendapat" boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Contoh: Rizal telah mendapat vaksin COVID-19 dua hari yang lepas. Rizal ke klinik itu untuk mendapatkan vaksin COVID-19. | Tatabahasa | 05.08.2022 |
| Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih. | Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan. Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan". Terima kasih. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
| Assalamualaikum. Nama saya Nurin Rasyiqah binti Rizal. Saya memerlukan salinan bercetak Lembar Bahasa terbitan DBP. Sehubungan dengan itu,saya mohon kerjasama pihak tuan untuk hantar salinan bahan berkenaan kepada saya di alamat berikut: Maktab Rendah Sains MARA, Jalan Tok Sira,Alor Akar, 25050 Kuantan, Pahang Darull Makmur Untuk makluman pihak tuan bahan tersebut akan saya kongsi bersama dengan rakan-rakan tingkatan tiga kelas saya. Sekian terima kasih. | Untuk lembar bahasa, mohon tuan/puan rujuk pautan ini: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/72 | Lain-lain | 19.02.2019 |
| Muhammad RizalView Profile Actions THURS 01:57 Muhammad Rizal Muhammad Salam. Saya ada 2 soalan; 1. Adakah DBP Malaysia yang bertanggugjawab menapis buku-buku dari negara luar yang masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ianya boleh dijual di kedai buku seperti Popular? 2. Jika isi kandungan tersebut didapati melanggar peraturan yang ditetapkan, adakah ianya tidak dibenarkan masuk ataupun dibenarkan atas syarat? Itu sahaja. Mohon penjelasan sepantas mungkin. Terima kasih. | Salam, Untuk makluman, pihak DBP tidak bertanggungjawab menapis buku dari negara luar, sebaliknya pihak KDN. Sehubungan dengan itu, tuan/pun boleh menghubungi pihak KDN untuk merujuk soalan kedua. Tk. | Lain-lain | 20.10.2016 |
| Salam sejahtera. Saya telah dirujuk ke DBP untuk bertanya tentang penterjemahan satu istilah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Istilahnya adalah seperti berikut: "Cooldown" Contoh penggunaan (pautan bergambar): https://i.redd.it/5qbrgmckg7ky.png Maksud istilah: Tempoh minima antara penggunaan sesuatu barang / item dalam permainan. Contohnya, posyen pemulihan yang hanya boleh digunakan setiap 30 saat. Oleh itu barang tersebut mempunyai "cooldown" selama 30 saat. Disebabkan istilah ini amat khusus kepada permainan komputer, saya tidak dapat mencari istilah yang bersamaan dengannya dalam Bahasa Melayu. Diharapkan pihak DBP boleh membantu dalam penterjemahan istilah tersebut. Sekian, Rizal Zulkifli | Salam Sejahtera. Daripada contoh ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan bagi perkataan cooldown ialah tempoh bertenang. (Oleh itu, barang tersebut mempunyai tempoh bertenang selama 30 saat.) | Penyemakan dan penterjemahan | 04.04.2017 |