RESTORAN BELANGA JOM BER- SHELLOUT HARGA RM 35.00 RM 70.00 RM 13.50 | Sila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ untuk pengesahan bahasa dalam iklan. | Lain-lain | 13.09.2018 |
Apakah format yang betul untuk format RM? RM2.00 atau RM 2.00? Adakah penggunaan ruang selepas "RM" diperlukan atau tidak dari segi tatabahasa dan apakah implikasinya jika ditulis dalam format yang salah? | Format yang betul ialah RM ditulis rapat dengan 2.00, iaitu RM2.00. Jika tidak mengikut format, akan berlaku ketidakselarasan. | Lain-lain | 13.11.2016 |
RM 1765.50 Apakah cara yang betul untuk mewakilkan angka di atas dalam perkataan? Terima kasih. | Dalam penulisan, yang betul ialah (Ringgit Malaysia: Seribu tujuh ratus enam puluh lima ringgit dan lima puluh sen sahaja) | Lain-lain | 10.08.2021 |
Penggunaan RM berserta nombor adakah jarak atau rapat? Contoh: RM10 atau RM 10 | Cara menulis RM berserta nombor perlu dirapatkan, contohnya RM10.00 atau RM10. | Ejaan | 04.11.2024 |
Salam, Saya ingin mengemukakan pertanyaan mengenai penulisan RM XX dalam menulis laporan. contoh. Deposit premis tersebut adalah sebanyak RM500. adakah RM 500 ini ditulis dengan jarak dekat (RM500) atau dengan jarak jauh (RM 500). Terima kasih atas maklium balas anda. Wasalam. | Cara menulis RM500 adalah dekat tanpa jarak. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
Betulkah terjemahan di bawah: She spent RM 30 for petrol to reach the nearest town from house. If she used RM 20 to reach her grandmother’s house, how much did she spend to continue to the nearest town? Dia membelanjakan RM30 ke atas minyak untuk tiba di pekan yang berhampiran dengan rumah. Jika dia menggunakan RM 20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk meneruskan perjalanan ke pekan itu? | Azeelia, Ayat yang betul ialah: Dia menggunakan minyak sejumlah RM30 untuk sampai ke pekan yang paling hampir dengan rumahnya. Jika dia menggunakan RM20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang digunakannya untuk meneruskan perjalanan ke pekan yang paling hampir? | Tatabahasa | 26.08.2010 |
yang betul mengenai RM5,066.00 dalam perkataan. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja atau RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja. | Cara penulisan yang betul untuk RM5,066.00 ialah (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja). | Tatabahasa | 27.12.2006 |
penggunaan perkataan dari dan daripada. contoh: menerima kenaikan gaji tahunan secara biasa daripada P1 RM 1,268.43 kepada P1 RM 1,363.43 mulai 01 April 2014. adakah ayat di atas betul dengan penggunaan perkataan daripada?? | Ayat yang diberi adalah betul. | Lain-lain | 09.07.2014 |
capai & menangilah cabaran rm 3,000,000 | Soalan tidak jelas. Sekiranya untuk permohonan pengesahan bahasa dalam iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa. Frasa yang betul ialah Capai dan Menangilah Cabaran RM 3000.00.
| Tatabahasa | 10.10.2013 |
Adakah ayat di bawah betul. A.Harga sekilogram cili ialah RM 4.50. B.Harga cili sekilogram ialah RM4.50. C.Harga cili ialah RM4.50 sekilogram. | Ayat yang betul ialah: Harga sekilogram cili ialah RM 4.50; dan Harga cili ialah RM4.50 sekilogram. | Tatabahasa | 09.10.2014 |