Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.gol] | روݢول

Definisi : perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan: berlakulah perkara-perkara sumbang spt ~ dan zina; merogol memperkosa atau mencabul ke­hor­matan perempuan: kesalahan spt menipu, ~, dsb adalah menjadi kesalahan jenayah; perogolan perbuatan merogol: akibatnya berlakulah kejadian dahsyat spt membunuh dan ~; perogol orang yg merogol; ~ bersiri orang yg merogol beberapa orang perempuan, se­orang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.gol] | روݢول

Definisi : perbuatan memperkosa (pe­rempuan): kes ~; mangsa ~. merogol melakukan persetubuhan secara paksa; memperkosa. perogol orang yg merogol: Orang yg disyaki ~ itu telah ditahan polis. ~ bersiri orang yg merogol seorang demi seorang dlm kejadian rogol yg berurutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rogol
Kata Terbitan : merogol,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
seorang hakim yag berpengalaman telah diupah untuk pengadilan kes rogol ini. Ituan, pengadilan adalah salah dalam ayat ini. tetapi dalam frasa sendi nama...untuk(kata sendi) dan mesti diikuti dengan kata nama, maka pengadilan digunakan untuk menggantikan mengadili... (adakah pandangan saya salah?) tq , tuan"Untuk" dalam ayat tersebut tidak berfungsi sebagai kata sendi nama, sebaliknya sebagai kata keterangan. Kata "untuk" banyak digunakan dalam ayat keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perkara atau kejadian. Contoh ayat yang lain, Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.Tatabahasa15.09.2011

Kembali ke atas