Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokiah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siti Rokiah Saleh Jun 21st, 2:39pm Akm..admin sya ada hubungi no tel bhgian pmasarn pengedaran DBP Tp no tiada dlm prkhidmtn...ada no lain x utk tmphn mjlh utk sekDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 23rd, 12:47pm Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin di talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain21.06.2015
Terima kasih atas bantuan. Seterusnya saya ingin kepastian tentang jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: 1. Abu berasa _____ apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. A kaget B takjub C kagum D pelik 2. Masih ada ____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. A kekelituan B kegusaran C perselisihan D perbandingan 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A AMAT TERINDAH B SUNGGUH AMAT INDAH C AMAT SUNGGUH TERINDAH 4. Biasiswa itu DIBERI KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. A DIBERI KEPADA PELAJAR B DIBERIKAN PADA PELAJAR C DIBERI UNTUK PELAJAR Terima kasih

1. Abu berasa kaget apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

2. Masih ada perselisihan pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. 

3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.  

4. Biasiswa itu DIBERIKAN KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka.

Tatabahasa19.10.2010
Assalamu`alaikum dan selamat sejahtera, Saya ingin mengikuti kursus diploma dalam penterjemahan ( Bahasa Melayu-Inggeris-B. Melayu). Mohon detail. Terima kasih. Siti RokiahHubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain26.08.2011
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih

Saudara,

Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll),  laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya;  bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu;  memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin).  Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan.   

Makna  beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; 
  

Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b).
Lain-lain15.10.2010
Adakah istilah "mengorat" akan dimasukkan ke dalam kamus Bahasa Malaysia?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "mengurat" yang bermaksud mengusik-usik perempuan (untuk memikat), mengganggu perempuan. Contoh ayat: Buruh-buruh yang ramai turun dari lori bersiul-siul mengurat Rokiah.
Makna19.11.2021
Saya sedang menulis artikal untuk satu jurnal. Saya ingin mengetahui asal perkataan "nasihat". Perkataan ini dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermakna ajaran , petunjuk yang baik and peringatan. Adakah ini bermakna "nasihat" ini adalah sehala? ia itu "nasihat" DIBERIKAN kepada yang meminta "nasihat", tanpa ada perbincangan atau soal jawab? Saya ingin membandingkan "nasihat" dengan sesi kaunseling.. ada persamaan atau bagaimana? Terima kasih Siti Rokiah Calon Phd Bimbingan dan Kaunseling UTM SkudaiSeperti yang saudara maklumi nasihat ialah ajaran atau petunjuk yang baik, contohnya "... tidak mahu mendengar nasihat orang tuanya". Apa yang difahami daripada ayat tersebut nasihat berlaku dalam keadaan memberi nasihat, mendengar nasihat, semuanya berlaku satu hala. Nasihat berbeza dengan sesi kaunseling; sesi suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti seperti  sesi kaunseling. Umum mengetahui bahawa sesi kaunseling berlangsung antara dua pihak. Untuk maklumat lanjut termasuklah asal kata dan makna secara terperinci sesuatu perkataan sila rujuk buku atau kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para sarjana.Makna25.06.2009

Kembali ke atas