Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rol] | رول

Definisi : IB tugas tertentu (dlm kerja, lakonan, dll), peranan: memegang ~ utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rol] | رول

Definisi : 1. gulung: satu ~ filem; 2. IB kayu (besi dll) yg berbentuk bulat panjang utk meng­giling (menindih, menggaris, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rol] | رول

Definisi : penjodoh bilangan utk benda-benda yg bergulung (spt filem); gulung: dua ~ filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah cadangan nama utk hidangan berasaskan sosej berikut? Sy berminat utk menggunakan terjemahan seperti yg sy sertakan. 1) sausage roll - sosej gulung, rol sosej. 2) pigs in a blanket (hidangan Amerika) - sosej gulung balut. 3) pig in blankets (hidangan British) - sosej balut, sosej gulung dendeng/bakon. 4) sausage bread - roti sosej.

Padanan nama hidangan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:   

1. sausage roll - rol sosej

2. pigs in a blanket - sosej gulung

 3. pig in blankets - sosej gulung

 4. sausage bread - roti sosej

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my.

Makna28.08.2024
Salam, saya ingin bertanya mengenai terjemahan bagi 'chicken roll'. adakah bermaksud ayam gulung atau rol ayam dalam bahasa melayu? Harap pihak tuan dapat membantu. Ini adalah untuk ejaan pelabelan makanan. sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bagi chicken roll ialah ayam gulungMakna11.08.2022
Adakah hot dog boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tak, bagaimana untuk menterjemah ayat yang mengandungi kedua-dua perkataan hot dog dan sausage? Contohnya; Daniel took out the sausage out of the hot dog because he didn't want the bread. (Daniel mengeluarkan sosej daripada ___ itu kerana dia tak mahukan rotinya). Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud hot dog ialah daging frankfurter yang dimasak biasanya dihidang dalam bentuk rol panjang. Manakala sosej pula bermakna sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu, istilah sosej lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. Maksud ayat yang diberikan ialah Daniel mengeluarkan sosej daripada roti itu kerana dia tak mahukan rotinya.
Sekian terima kasih.
Makna29.05.2017

Kembali ke atas