Apakah kosa kata BAHASA MELAYU untuk (RORO bin)- roll on & roll off | Mohon diberikan cadangan, bidang, konsep dan konteks istilah ini bagi membantu pihak kami memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 26.09.2024 |
Salam, saya ingin bertanya mengenai terjemahan bagi 'chicken roll'. adakah bermaksud ayam gulung atau rol ayam dalam bahasa melayu? Harap pihak tuan dapat membantu. Ini adalah untuk ejaan pelabelan makanan. sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi chicken roll ialah ayam gulung | Makna | 11.08.2022 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya ingin bertanyakan tentang gulungan kertas berwarna coklat di dalam tisu tandas. Apakah terdapat kata nama am baginya? Jika toilet roll ialah kertas tandas gulung, bagaimana pula yang di dalamnya? Adakah bekas gulungan tisu tandas lebih tepat? Dalam bahasa Inggeris ia disebut "empty toilet paper roll". Disertakan juga gambar untuk rujukan pihak tuan/puan. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "empty toilet paper roll" ialah penggulung tisu tandas. | Istilah | 24.08.2016 |
Saya ingin bertanya bagi makanan khusus seperti FLOWER ROLL, sejenis roti kukus berbentuk gulungan bunga. Sekiranya diterjemah adakah mencukupi Gulungan Bunga atau perlu menambah Ban berbentuk gulungan bunga. 2. Apakah terjemahan yang tepat bagi PLAIN. Contohnya, roti berperisa Plain. Terima kasih | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi flower roll yang merupakan sejenis roti kukus ialah “ban gulungan bunga”. Manakala terjemahan bagi perkataan plain ialah “tawar”. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah “roti tawar”. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2022 |
1.Apakah padanan yang sesuai untuk kata roll-call 2. Kata ganti nama ia dalam tatabahasa dewan sek.rendah hanya merujuk makna orang sahaja. Bagaimana pula penggunaannya dalam Tatabahasa dewan terkini yang boleh merujuk orang, haiwan, benda? | 1. Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah roll- call ialah panggilan nama. 2. Buku Tatabahasa Dewan yang diguna pakai sekarang (DBP tahun 2008) mengkategorikan kata ‘ia’ sebgai kata ganti diri orang ketiga, halaman 104. | Tatabahasa | 28.05.2014 |
salam. apakah istilah untuk roll eyes? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah eye rolling ialah olengan mata. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.04.2023 |
Apakah cadangan nama utk hidangan berasaskan sosej berikut? Sy berminat utk menggunakan terjemahan seperti yg sy sertakan. 1) sausage roll - sosej gulung, rol sosej. 2) pigs in a blanket (hidangan Amerika) - sosej gulung balut. 3) pig in blankets (hidangan British) - sosej balut, sosej gulung dendeng/bakon. 4) sausage bread - roti sosej. | Padanan nama hidangan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. sausage roll - rol sosej 2. pigs in a blanket - sosej gulung 3. pig in blankets - sosej gulung 4. sausage bread - roti sosej Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Makna | 28.08.2024 |
Assalamualaikum. Boleh berikan padanan bagi perkataan "Roll Cage"? (kejuruteraan Automobil) Terima kasih. | Wassalam, Untuk pengetahuan tuan/puan, istilah tersebut masih belum ada lagi dalam data kami. Mohon pihak tuan majukan persoalan ini kepada Bahagian Peristilah dan Leksikolgi berkenaan istilah-istilah baharu. Tuan/puan boleh menghubungi: Puan Hendun binti Ibrahim, 03-2147 9155 hendun@dbp.gov.my
| Penyemakan dan penterjemahan | 03.05.2017 |
tetapi bagaimana pula dengan bekas tisu yang berwarna cokelat untuk toilet roll itu ya? | Puan, Sila kemukakan semula pertanyaan puan dengan jelas. | Lain-lain | 24.05.2010 |
Executive feredal agency Mantology target M Sdn Bed badge criminals investigation Under Section 501 503 509 roll of low Criminals prasending justification Criminal justice investigation civil war Hakcipta Copyright reserved © 2017 Chief Registrar’s Office Federal Court of Malaysia. Copyright of the official portal of the Chief Registrar’s Office Federal Court of Malaysia and its contents which include information, text, images, graphics, logos, sound files, video files and their arrangement, and materials therein are owned by Chief Registrar’s Office Federal Court of Malaysia unless otherwise indicated. No part or parts of this portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcast, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of Chief Registrar’s Office Federal Court of Malaysia. | Soalan tuan bukan soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sekiranya tuan mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengan ejaan, makna kata, tatabahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami bantu. | Lain-lain | 20.02.2024 |