Apakah maksud "Bahasa Romantik" mengikut pandangan para sarjana dan apakah ciri-ciri bahasa romantik yang terdapat dalam teks klasik contohnya Hikayat Jauhar Manikam karya Mohd Tajri b. Abu Yamin. | Romantika atau dalam penggunaan umum romantik bermaksud memberikan suasana (gambaran dan sebagainya) seperti yang terdapat dalam cerita roman (percintaan dan lain-lain); dan bahasa romantik ialah pengucapan/penulisan yang memperlihatkan memperlihatkan suasana yang penuh dengan kasih sayang, keindahan dan kemesraan seperti dalam alam percintaan. Untuk mencari maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti: buku Aliran-aliran klasik, romantik dan realisma dalam kesusasteraan, | terbitan Pustaka Jaya, | tahun 1972. | Makna | 26.11.2010 |
Salam 1 Malaysia tuan. Perkataan yang ditunjukkan di bawah yang manakah betul? 1. romantis atau romantik ? 2. puntianak atau pontianak ? Terima kasih atas maklum balas tuan. | 1.Perkataan romantik dan romantis, kedua-duanya betul. 2. Ejaan yang tepat ialah Puntianak | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Dr Awang sepatutnya dah lama terajui DBP. Dan nasihat saya, pisahkan kerjaya dengan politik baru semuanya romantik. | Moga DBP terus maju di bawah pimpinan beliau | Lain-lain | 09.02.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin dapatkan pengesahan bagi terjemahan ayat di bawah: Research has shown that narcissists are more likely to cheat in game-play and romantic relationships, take more resources for themselves and leave fewer resources for others, value material things, and be obsessively concerned with their outer appearance. Terjemahan bahasa Melayu: penyelidikan telah menunjukkan bahawa narsisis lebih cenderung untuk menipu dalam main permainan dan hubungan romantik, mengambil lebih sumber untuk diri mereka sendiri dan meninggalkan hanya sedikit untuk orang lain, menghargai benda material dan mengambil berat secara obsesif terhadap penampilan luaran mereka. Mohon pengesahan terutamanya bagi terjemahan perkataan "narcissists" dan "game-play." Sekain, terima kasih. | Tidak ada contoh penggunaan narcissists dan game-play dalam pangkalan data kami. Istilah yang berkaitan dengan narcissis seperti narcissism dan narcissistic dipinjam dan disesuaikan ejaannya dalam Bahasa Melayu menjadi narsisme dan narsistik, namun tidak ada terjemahan kata narcissists. Kami berpandangan terjemahan yang paling hampir ialah taasub pada diri sendiri. Perkataan bermain permainan bagi padanan game play boleh diterima dan makna sebenar boleh dijelaskan berdasarkan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.05.2019 |
Apakah takrif 'mat bunga'? Adakah kata ini akan dimasukkan dalam kamus? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Namun melalui carian di Internet, kami temukan beberapa maklumat yang boleh membantu saudara. Maksud Mat Bunga adalah seperti seorang lelaki yang sentimental, romantik dan hatinya mudah tersentuh. | Lain-lain | 30.10.2018 |
Apa maksud novel? berikan senarai genre novel dan maksudnya sekali | Novel secara umum bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali yang membawa erti 'perkhabaran baru'. Antara genre novel ialah novel aliran kesedaran, novel antirealistik, novel aprentis, novel lawan alam, novel kedaerahan, novel gothik, novel masalah, novel peristiwa, novel pikares, novel psikologi, novel propaganda, novel politik, novel realistik, novel resaman, novel romantik, novel sejarah, novel sempurna, novel sensibiliti, novel sosial, novel tesis, novel warkah dan sebagainya. | Lain-lain | 25.08.2009 |