| Apakah pekerjaan Encik Roslan? (1):Pekerjaan Encik Roslan ialah sebagai anggota polis trafik (2):Pekerjaan Encik Roslan sebagai seorang anggota polis trafik Manakah jawapan betul? kenapa? bukankah 'Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik' lebih sesuai? | Ayat yang lebih gramatis ialah Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
| Roslan Mohd Anuar Nov 18th, 12:27pm Salam admin..sy merupakan seorang guru di pantai timur semenanjung..sy mohon jika ada sebarang program atau pertandingan y melibatkan pelajar sekolah,mohon admin panjangkan kpd saya utk maklumkan kpd pelajar utk kegiatan luar pelajar sebab byk program yang dianjurkan oleh dbp tiada dlm makluman kami..atau boleh emelkan kpd sya di alamat aroma.rma@gmail.com | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Nov 18th, 5:15pm Terima kasih. Mohon jasa baik cikgu untuk kerap membaca status terkini di dinding FB DBP untuk tujuan tersebut. Pihak kami akan kerap mengemas status terkini yang boleh dikongsikan untuk masyarakat. Sila layari www.dbp.gov.my pada masa yang sama. Terima kasih. | Lain-lain | 18.11.2015 |
| Rafaad Roslan 10.26 PAGI Salam siang DBP, saya ada mengemukakan pantau tegur bahasa di PRPM, kerana terdapat entri 'murasaki obi' daripada bahasa Jepun yang diterjemahkan oleh PRPM kepada 'sabuk jingga', penterjemahan ini tidak tepat kerana 紫 (murasaki) dalam bahasa Jepun bermaksud 'ungu'.Sepatutunya Istilah Sasar yang tepat ialah 'sabuk ungu' bagi istilah 'murasaki obi'. Tarikh pemantaun adalah pada 7hb Julai 2016, dan sehingga kini masih belum ada kemas kini. Maaf kerana menghubungi Tuan/Puan melalui aplikasi Facebook, segala kerjesama dari pihak DBP amatlah saya hargai. Terima Kasih. | Salam sejahtera. Kami mengambil maklum aduan ini dan akan menyerahkan kepada bahagian yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan. | Lain-lain | 28.07.2017 |
| Salam ... Saya Mohd Roslan Abdul Ghani ... email saya : roslan.arrakiti68@gmail.com saya dapati Bahasa Melayu masih kekurangan kata-kata terbitan seperti berpanduan tidak ada sedangkan berturutan ada, juga beruntunan tidak ada tetapi berderetan ada. begitulah selainnya. Adakah saya silap maka tolong betulkan. Tetapi pada pendapat saya kita kena perbanyakkan lagi kata-kata terbitan moga-moga bahasa melayu lebih dimartabatkan, insya Allah. terima kasih | Terima kasih atas makluman saudara. Pihak DBP mengambil maklum dan akan mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian yang berkaitan. | Istilah | 20.04.2009 |
| DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH. | Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum. | Lain-lain | 29.10.2007 |
| Salam sejahtera, 1. Saya menerima surat dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) 2. Encik Roslan dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) Sekian, terima kasih. | Penggunaan perkataan yang betul ialah 1. Saya menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar. 2.Encik Roslan dari Jabatan Alam Sekitar. | Tatabahasa | 20.09.2018 |
| Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka ,Roslan gagal masuk mana-mana universiti sebab keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang Beberapa orang penduduk kampung itu sedang berusaha tanah yang dibiarkan sebagai sahutan saranan kerajaan menghijaukan bumi. Dalam setiap ayat di bawah,terdapat beberapa kesalahan.“Mana-mana”sepatutnya jawaban yang betul ialah “mana” ya?Minta Puan/Tuan (Beliau )boleh membantu saya.Terima kasih | Ayat yang betul: 1. Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka, iaitu Roslan gagal memasuki mana-mana universiti disebabkan keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang. 2. Beberapa orang penduduk kampung itu sedang mengusahakan tanah yang terbiar sebagai langkah menyahut saranan kerajaan supaya menghijaukan bumi. Untuk makluman, penggunaan perkataan “mana” tidak betul dalam contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkataan “mana-mana” juga boleh ditiadakan atau digugurkan kerana teks “gagal memasuki universiti” sudah menunjukkan yang Roslan tidak dapat memasuki unversiti kerana keputusannya yang tidak cemerlang. | Tatabahasa | 15.01.2021 |
| SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut: Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008. Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf. | Lain-lain | 31.07.2010 |
| yang mana lebih tepat, Datin Seri Rosmah Isteri Perdana Menteri atau Datin Seri Rosmah Isteri Kepada perdana menteri? | Encik Roslan, Kedua-dua bentuk penggunaan diterima. | Lain-lain | 05.02.2010 |
| Tuan Salam Sejahtera Untuk makluman tuan, saya kini melanjutkan pelajaran saya di UPM dan sedang menjalankan penyelidikan di bawah bimbingan Prof Madya Samsilah Roslan berkenaan dengan tajuk "commuter families". Pihak kami memerlukan bantuan tuan dalam memberi pandangan dan nasihat berkenaan dengan penggunaan perkataan "commuter families" dan "commuter" dalam bahasa Malaysia. Istilah dan maklumat lebih telah saya lampirkan untuk pengetahuan pihak tuan. Sekian, Terima kasih Siaw Yan Li 012-9519247 | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk commuter families. Istilah bahasa Melayu untuk commuter ialah pengulang-alik atau komuter. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah keluarga komuter. | Istilah | 24.09.2012 |