Cikgu Rosli mengajar saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Adakah ayat ini betul? Ataupun. Cikgu Rosli mengajar saya Bahasa Malaysia.terima kasih | Jawapan yang betul ialah Cikgu Rosli mengajar saya mata pelajaran bahasa Malaysia atau Cikgu Rosli mengajar saya bahasa Malaysia. | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Adakah ayat berikut gramatis: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis. | Contoh ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak ---> Rosli menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis ---> Dia berjaya melepaskan dirinya daripada ditahan pihak polis. | Tatabahasa | 24.08.2018 |
Selamat pagi. Kami (kagumi / kaguman) semangat dan pengorbanan Rosli Dhoby? Terima kasih. | Selamat pagi, Ayat yang tepat ialah, Kami mengagumi semangat dan pengorbanan Rosli Dhoby? | Tatabahasa | 19.08.2015 |
Ayat yang manakah lebih sesuai? 1. Rumput-rumput panjang itu ditebas dengan berhati-hati oleh Encik Rosli. 2. Rumput-rumput panjang itu ditebas oleh Encik Rosli dengan berhati-hati. | Ayat 2. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
Salam, Dari segi penulisan, untuk nama yang mempunyai ijazah doktor falsafah adalah ditulis dengan cara Dr atau DR contohnya Dr ROSLI AB RAHMAN ATAU DR ROSLI AB RAHMAN. Adalah DR hanya khusus untuk doktor perubatan sahaja? Tkasih. | Salam, Untuk pengetahuan, sama ada Doktor Falsafah ataupun Doktor Perubatan, singkatan bagi kedua-duanya ialah DR./Dr dan perlu diikuti dengan tanda noktah kerana singkatan. Jika nama keseluruhannya menggunakan huruf besar, DR. juga harus dieja dengan huruf besar. Jika huruf kecil, memadai dengan Dr. sahaja. | Tatabahasa | 22.11.2015 |
Adakah ayat berikut betul? Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. | Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.05.2015 |
Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. | Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul: Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi. Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.12.2010 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih. (1) Para penonton bertepuk tangan dengan gemuruh. (2) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli. | Contoh ayat yang betul ialah "Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli". Contoh ayat nombor satu tidak tepat kerana kata sendi dengan tidak disesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kata sendi dengan membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. | Tatabahasa | 21.06.2019 |
Saya ditugaskan untuk menjerang air, sedangkan Rosli dan Hasyim mendirikan khemah. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Penggunaan kata hubung "sedangkan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata hubung, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252. | Tatabahasa | 21.07.2012 |
'Dapat' dan 'boleh' tergolong dalam kata apa? | Encik Rosli, Perkataan 'dapat' dan 'boleh' tergolong dalam kata bantu ragam. | Tatabahasa | 07.05.2010 |