| I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. | Makna | 07.06.2008 |
| Didapati buku teks yang wakil tuan hantar terdapat banyak halaman yang kosong dan tiada mukasurat. Sukacita dapat tuan menggantikan dengan yang baru dengan kadar segera. (1) Buku Teks BM SJKC Tahun 4 - 2 buah (2) Buku Teks Sejarah SJKC Tahun 4 - 14 buah Email telah dikemukakan kepada tuan pada 15/1/2014. Soalan saya bilakah buku tersebut akan diganti dengan yang baru? Sekian, terima kasih. | Didapati buku teks yang wakil tuan hantar terdapat banyak halaman yang kosong dan tiada mukasurat. Sukacita dapat tuan menggantikan dengan yang baru dengan kadar segera. (1) Buku Teks BM SJKC Tahun 4 - 2 buah (2) Buku Teks Sejarah SJKC Tahun 4 - 14 buah Email telah dikemukakan kepada tuan pada 15/1/2014. Soalan saya bilakah buku tersebut akan diganti dengan yang baru? Sekian, terima kasih. Mohon tuan memberikan maklumat yang tersebut kepada pegawai DBP iaitu Encik Zukari bin Ismail e-mel zukari@dbp.gov.my, 03-2147 9541 atau Puan Rosnani binti Mat Jihin e-mel rosnani@dbp.gov.my">rosnani@dbp.gov.my, 03-2147 9492. | Lain-lain | 22.01.2014 |