Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.yal.ti] | رويلتي

Definisi : 1. perkongsian keuntungan spt dlm pengusahaan lombong, telaga minyak, atau ciptaan jentera, yg dibayar kpd syarikat pengusaha kpd pemilik tanah (kerajaan) atau pencipta jentera: semua logam ialah harta haus dan adalah menjadi kebiasaan kpd kerajaan mengenakan ~ terhadap peng­usahaannya; 2. bayaran tertentu yg dibuat oleh penerbit kpd pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka, spt buku dan piring hitam, yg terjual: saya bayar karangan-karangan beliau dgn harga yg mahal atau saya membayar ~ yg lebih tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.yal.ti] | رويلتي

Definisi : 1 wang yg dibayarkan oleh syarikat lombong kpd tuan punya tanah. 2 wang yg dibayarkan kpd penulis sesebuah buku dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata royalti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin bertanya, sekiranya sesebuah buku itu adalah kumpulan penulisan dari pelbagai penulis, bagaimana prosedur dan kadar pembahagian royalti kepada penulis? Bagaimana pula kadar dan prosedur royalti kepada editor dan penyelenggara? Adakah penerbit akan membayar royalti terus kepada penulis atau melalui editor? Terima kasih.Waalaikumussalam. Untuk sebuah buku yang mempunyai lebih daripada seorang penulis, royalti akan dibahagikan dan dibayar berdasarkan jumlah penulis yang ada. Jumlah royalti yang akan diterima  oleh setiap penulis bergantung kepada kadar peratusan royalti, harga buku dan jumlah cetak. Sekiranya buku ini ada penyelenggaranya, maka penyelenggara akan menerima 4% daripada jumlah kadar peratusan royalti yang akan ditentukan oleh pihak penerbit. Dan buat masa ini, editor tidak diperuntukkan untuk bayaran royalti.  Untuk keterangan lanjut, tuan boleh menghubungi saya melalui talian 03-21479697.

Lain-lain03.05.2014
Berapakah jumlah royalti yang biasa diterima dari penerbitan buku oleh DBP?

Salam,

Untuk makluman saudara royalti yang biasa dibayar kepada penulis buku yang diterbitkan oleh DBP adalah berbeza-beza mengikut peringkat/kategori buku. Royalti yang dibayar adalah antara 10-20% bagi setiap buku. Walau bagaimanapun peratusan royalti juga bergantung kepada jumlah penulis yang terlibat dalam penghasilan sesuatu buku tersebut.

Lain-lain28.04.2009
Berapakan royalti/insentif untuk penulisan artikel bagi majalah umum dan pendidikan .Bagi rencana umum, kadar honorarium ialah RM300 setiap rencana.Lain-lain05.05.2008
Salam. Saya ingin bertanya mengenai perincian yang harus ada dalam lesen penerbitan atau penerimaan dan penawaran manuskrip untuk tujuan terbitan antara penulis dengan penerbit. Kadar royalti yang umum untuk penerbitan novel remaja. Terima kasih.

Salam,

Antara perkara penting yang perlu ada dalam lesen penerbitan adalah kadar royalti, kaedah pembayaran royalti, jenis hak yang diberi oleh penulis kepada penerbit, kuasa/hak penerbit dan penulis, tarikh/tempoh karya perlu diterbitkan dan juga tempoh perjanjian. Kadar royalti pula adalah berbeza mengikut penerbit. Agggarannya antara 7-15%.

Lain-lain17.11.2009
saya ingin mengetahui kriteria yang diambil kira untuk menentukan bayaran royalti untuk sesuatu hasil tulisan

Untuk makluman saudara, penentuan kadar royalti yang dibayar kepada penulis bagi buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah berdasarkan jenis/peringkat sesuatu karya tersebut (kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga pengajian tinggi). Terima kasih.

Lain-lain17.11.2009
perbezaan antara koperasi dan royaltiKoperasi ialah syarikat yang dianggotai  dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian  keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera.Makna15.02.2008
Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32)

Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih.

Lain-lain05.06.2009
Adakah pihak DBP telah membuat pembayaran royalti buku matematik tahun 5 ( sedang diguna pakai ) kepada pihak penulis untuk tahun 2020Salam sejahtera,

Berdasarkan Sistem bayaran, dimaklumkan bahawa bayaran royalti buku matematik tahun 5 telah dibayar pada 29 Jun 2020 kepada ketiga-tiga penulis.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.06.2020
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi seorang penulis buku ? Bagaimana pembayaran royalti dikira?

Soalan ini terlalu umum. Syaratnya akan bergantung pada jenis buku yang hendak ditulis. Ada buku ilmiah, buku umum dewasa, buku remaja, buku kanak-kanak, kreatif, dan bukan kreatif. Menulis buku kreatif (seperti novel) mungkin lebih mudah berbanding dengan buku ilmiah yang memerlukan ilmu atau kepakaran dalam bidang yang hendak ditulis dan juga fakta sokongannya.

Kadar bayaran royalti DBP ditetapkan mengikut jenis buku yang diterbitkan. Perkiraan dibuat dengan mengambil kira faktor peratus bayaran royalti, harga jualan buku seunit, dan jumlah cetak.

Lain-lain07.12.2008
Saya ingin bertanya mengenai panduan menerbitkan buku di segi bentuk manuskrip yang perlu dihantar (soft dan hardcopy), susunannya dan kaedah dan kadar royalti yang dibayar jika manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Tempoh masa jawapan mengenai sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Sekian, terima kasih.

Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk cetak,  dan juga dalam bentuk digital, sama ada dalam disket atau cakera padat (CD). Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan.  Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis.

Kadar royalti berbeza mengikut kategori dan peringkat buku.  Contohnya, kadar royalti buku umum 12 peratus, dan buku teks 10 peratus. Kaedah bayaran adalah 50 peratus apabila buku terbit dan 50 peratus lagi berdasarkan jualan buku.

Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh manuskrip itu diterima. Keputusan sama ada manuskrip itu sesuai diterbitkan atau tidak, akan dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 2 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima.

 

Lain-lain22.12.2009
123456

Kembali ke atas