Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan. | Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih. | Lain-lain | 13.10.2010 |
1)Apakah kriteria-kriteria yang dititikberatkan ketika pemilihan sesuatu karya untuk diterbitkan? 2)Bagaimanakah caranya pengkarya untuk mengetahui sesuatu karya yang dihantar telah berjaya diterbitkan? 3)Berapakah royalti bagi sesebuah puisi dan cerpen? | 1 Kriteria pemilihan: (i) Isi: Keaslian idea, ketepatan fakta, dan perkara yang ditulis tidak bertentangan dengan agama Islam, undang-undang, kesusilaan, dan kepentingan negara. (ii) Cara Persembahan: Penyusunan idea yang logik, kemas, dan sesuai dengan sasaran (pembaca umum, ahli akademik, kanak-kanak dan remaja). (iii) Bahasa: Penggunaan bahasa yang baik dan istilah yang tepat; ejaan dan tanda baca yang betul serta sesuai dengan sasaran. (iv) Pasaran: Mempunyai potensi pasaran yang luas. 2 Pengurus projek akan memaklumkan kepada penulis melalui surat sama ada karya tersebut wajar diterbitkan ataupun tidak. 3. Kadar royalti untuk kumpulan puisi ataupun cerpen ialah 12%. Dewan Bahasa dan Pustaka akan membayar 50% apabila buku terbit dan 50% lagi berdasarkan jualan buku. | Lain-lain | 28.04.2008 |
Saya berminat untuk menulis buku dan rencana ilmiah. Soalan: 1.Adakah format penulisan sesebuah buku itu standard? 2.Jika saya sudah ada draf manuskripnya adakah ia perlu disemak oleh sesiapa?Jika ya siapakah yang akan menyemaknya? 3.Siapakah yang boleh menerbitkan buku yang saya hasilkan?Adakah saya perlu memilih syarikat penerbitan sendiri?Adakah DBP ada menawarkan kepada individu untuk menerbitkan sesebuah buku?Jika ya apakah syarat dan kelayakkannya? 4.Bagaimana dengan hak cipta?Adakah permohonan hak cipta dibuat oleh syarikat yang menerbitkan sesebuah buku itu? 5.Bagaimana bayaran royalti dibuat dan berapakah peratus pembahagiannya? | 1. Ya, dan bergantung pada jenis buku. 2. Perlu disemak. Sesiapa pun boleh menyemaknya, termasuk penulis sendiri. 3. Penerbit yang sesuai dan mahukan manuskrip itu. Ya, penulis perlu menentukan sendiri penerbitnya. DBP membuat tawaran kepada penulis yang pakar dalam bidang ilmu masing-masing untuk menulis dan jika manuskrip itu sesuai, akan diterbitkan. 4. Hak cipta dipegang oleh penulis. Bayaran royalti dibuat selepas buku terbit. Peratus pembahagiannya (kadar royalti) mengikut jenis buku yang diterbitkan. | Lain-lain | 04.11.2007 |
MakDe CheSu Wawa KHA 1.36 PTG Assalamualaikum wbt, saya nurul salwa ingin bertanya.dengan siapa saya boleh berhubung berkenaan dengan royalti? | Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan hal tersebut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh melalui talian 03-21479523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my | Lain-lain | 19.10.2017 |
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya. | Salam sejahtera, Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah. 1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis. 2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip. | Lain-lain | 18.10.2011 |
Assalamualaikum w.b.t Saya inginmendapat info tentang 1. Bengkel penulisan anjuran DBP pada tahun ini (2015) 2. Ingin tahu cara, bentuk dan genre penerbitan oleh DBP 3. terma penulisan dan royalti 4. Bengkel penterjemahan dan info kerja-kerja penterjemahan Sekian terima kasih. | Maklumat tentang kursus dan bengkel anjuran DBP boleh diperoleh melalui Akademi DBP dan Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Joned di talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my, dan Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah binti Murad di talian 03-21479000 atau e-mel aisah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 01.04.2015 |
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat? | Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.11.2019 |
1) Merupakan seorang pekerja atau ketua kampung yang berpengaruh di kampung asalnya dan perjalanannya ditanggung oleh majikan serta mendapat komisyen untuk setiap pekerja yang dibawa masuk atau rekrut oleh beliau. Saya ingin tahu siapakah yang dimaksudkan di dalam pernyataan tersebut? 2) Ejen Kerajaan India telah dilantik untuk menyiasat aduan pekerja dikenali sebagai? Terima kasih. | Harap maaf, pihak kami tidak dapat memberi maklum balas tentang persoalan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Oleh itu, kami mencadangkan agar sdr. merujuk terus dengan Kementerian Sumber Manusia atau Kedutaan India di Malaysia . Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut: Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
| Lain-lain | 11.11.2010 |
Islam Iman Dan Ihsan THURS 16:27 Islam Iman Dan Ihsan Islam Iman Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya berminat menulis sebuah buku teks peringkat Ijazah sarjana muda jurusan matematik. Saya dimaklumkan bahawa terdapat ganjaran RM 20000 untuk penulis di samping bayaran royalti, bermula 2012. Soalan saya: 1. Apakah ganjaran masih sah sehingga sekarang? 2. Adakah buku teks yang saya ingin tulis itu termasuk di bawah kategori buku yang layak ganjaran RM20,000 tersebut? Terima kasih Dr Auni Aslah Bin Mat Daud, Senior Lecturer, School of Informatics and Applied Mathematics, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 21030 Kuala Nerus Terengganu, Malaysia Tel: +609 6683625 | Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 02.02.2017 |
A laboratory-scale experiment, simulating a section of tunnel kiln, by scale 1:4, has been designed and constructed. Six different settings of brick arrangement have been experimentally examined for Reynolds numbers from 6000 to 33 000 and with constant heat flux. The measurements were carried out with bricks in the longitudinal direction of flow and transverse to it. Results are reported for local and average convection heat transfer coefficients and for pressure drop across the settings | Maaf soalan yang dikemukan tidak berkaitan. Terima kasih kerana menggunakan Sistem Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut: Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
| Lain-lain | 24.10.2010 |