Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Radio dan Televisyen Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rtm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di rtm.gov.my/tv1">www.rtm.gov.my/tv1. (betul)
 
2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di rtm.gov.my">www.rtm.gov.my.
TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my.


3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman  langsung.
Tatabahasa17.01.2013
Adakah RTM dan KBSR termasuk dalam kumpulan akronim? Jika tidak apakah istilah yang sesuai? Terima kasih.Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama dan kedua-dua ccontoh yang diberikan termasuk dalam kumpulan akronim.Tatabahasa11.06.2013
Menteri RTM kata Bahasa Malaysia tetap akan ganti Bahasa Melayu walau pun pihak Umno dari luar negeri mengemukakan usul dalam perhimpunan Umno. kononnya atas alasan perpaduan. Isu bahasa sudah lama selesai dalam kontrek sosial sebelum merdeka. itu sebab sudah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152. Mengapa pemmimpin kita takut sangat bangsa cina dan hindu yang tidak jemu2 membangkitkan isu ini. klau zaman Datuk Harun , Senu, Jaafar Albab , Musa hitam orang tak berani tegur Melayu pun. la ni mereka jual Melayu. Harap DBP dapat bertahan kerana araahan kabinet itu bercanggah dengan Perlembagaan dengan ain perkataan tidak berpelembagaan. kalau perkara ini di heboh nanti mereka pinda Perlembagaan pula... Habis Melayu. Bahasa Melambangkan bangsa. Tiada bahasa tiada bangsa. elayu akan hilang di dunia.Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan terhadap isu ini dan kami berharap tuan akan terus memberikan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita.Lain-lain05.11.2007
Pembaca berita RTM sekitar jam 8 pagi 26 Mei 2025 telah menyebut "justeru itu". Saya percaya penggunaan "justeru" beliau adalah salah. Apa yang boleh saya buat?

Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Sila kemukakan semula soalan tuan/puan melalui domain Khidmat Nasihat Bahasa https://kndbp.dbp.gov.my/SoalJawab/nb_soal_jawab.aspx?LogAction=True dan pilih Aduan Bahasa.

Lain-lain26.05.2025
Pembaca berita RTM menyebut RM20.00 begini: Ringgit Malaysia dua puluh ringgit. Bukankah sebutan yang tepat ialah dua puluh ringgit (tanpa Ringgit Malaysia)? Hal ini sama seperti kita menyebut dua puluh bath, dua puluh rupiah dan dua puluh rial. Mohon penjelasan.

Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut  dua puluh ringgit. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara  Malaysia atau Kementerian Kewangan.

Lain-lain19.09.2009
Adakah RTM, KPM dan BPR termasuk dalam golongan akronim? Terima kasihTerdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)

Berdasarkan contoh yang diberikan, RTM, BPR dan KPM merupakan akronim.
Tatabahasa09.12.2013
Apakah terjemahan untuk "pitch" dalam bidang perniagaan...contohnya , RTM mengadakan Pitching.....xxxx Terima kasihUntuk makluman tuan, dalam data kami, tiada perkataan pitch yang digunakan dalam bidang perniagaan. Dalam data kami, terdapat pelbagai padanan bahasa Melayu bagi pitch yang digunakan dalam pelbagai bidang mengikut konsep yang tertentu. Tuan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=PITCH bagi maksud pitch atau boleh menghubungi Institut Terjemahan Buku Malaysia untuk terjemahan bahasa Melayu yang tepat.Penyemakan dan penterjemahan14.08.2014
Adakah betul penggunaan bahasa oleh deejay semua radio RTM yang selalu menyebut " terima kasih kerana mendengarkan kami di.... " dan " sekarang kami dengarkan lagu...". Dan apakah tindakan DBP untuk membetulkan kesilapan ini

Ayat yang digunakan oleh penyampai radio tersebut adalah salah. Antara tindakan yang dibuat oleh pihak DBP, antaranya ialah menghantar surat teguran kepada penerbit setelah pemantauan dan laporan dibuat. Untuk pengetahuan tuan/ puan, DBP memang melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa Melayu ke atas media penyiaran, medai cetak dan laman web. Untuk media penyiaran, pemantauan akan dijalankan ke atas rancangan yang dikesan banyak menggunakan bahasa Melayu yang salah. Setelah itu, laporan akan dibuat dan surat teguran akan dikeluarkan untuk penerbit rancangan tersebut. Kami juga akan mengeluarkan surat ucapan tahniah sekiranya didapati media terbabit menggunakan bahasa Melayu yang betul. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan.

Lain-lain29.08.2008
Saya tertarik apabila melihat penggunaan frasa 'bicara naratif' digunakan. Malah RTM juga ada menamakan rancangan mereka sebagai 'Bicara Naratif'. Adakah situasi ini membawa kepada mengguna perkataan yang memberi pengertian secara berulang. Oleh itu, saya berpendapat penggunaan perkataan secara ini seolah-olah hebat tetapi secara bahasanya cacat. Iaitu 'bicara' adalah perkataan kata kerja & seterusnya 'naratif' juga merupakan kata kerja! Mohon penjelasan pihak tuan.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman, DBP sememangnya memantau penggunaan bahasa dalam media elektronik. Walau bagaimanapun, judul rancangan televisyen "Bicara Naratif" merupakan kata nama khas yang menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang baik dan betul dan tidak menggunakan bahasa rojak. Pemilihan nama rancangan televisyen atau yang berkaitan bergantung kepada pihak tersebut dan diluar bidang kuasa DBP. Namun, sekiranya pihak tersebut merujuk dan mendapatkan nasihat penggunaan bahasa, pihak DBP akan memberikan cadangan penggunaan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. Makna29.08.2023
Assalamualaikum, saya Mohd Faisan Bin Mat Ghani, Penerbit Rancangan di RTM, Angkaasapuri. Saya ingin bertanya, tepatkah tagline/slogan di ini saya gunakan untuk sukan. maksudnya tepat dari segi tatabahasa dan ayatnya, ' sukan perpaduan kita'. sekian terima kasih DBP, salam 1 Malaysia.Slogan yang lebih gramatis ialah "Sukan alat perpaduan" ataupun  "Sukan menyatupadukan kita".Tatabahasa18.02.2013
123

Kembali ke atas