Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ju/] | روجوع

Definisi : Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat ter­tentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pen­dirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak meng­­harapkan pemimpin-pemimpin itu da­tang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya ber­tanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berusaha supaya pasangan yg bercerai itu ~ semula. merujuk 1 melihat buku dll utk memperoleh keterangan lanjut dll ttg sesuatu perkara: ~ kpd surat tuan; Karya-karya yg bermutu dirujuk utk mendapatkan maklumat lanjut. 2 mengahwini bekas isteri semasa masih dlm idah. merujukkan mengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. rujukan keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berbalik atau berkahwin semula semasa masih dlm idah (bkn pasangan suami isteri yg bercerai): Mereka (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rujuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rujuk lampiran.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi food insecurity ialah ketakjaminan makanan manakala food security ialah keselamatan makanan/sekuriti makanan/jaminan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah07.05.2025
Rujuk fileSila lampirkan fail yang berkaitan. Lain-lain12.05.2025
Rujuk FIle.minta maaf lupa muat naik file sebelum iniAyat songsang boleh melibatkan sama ada keterangan sahaja atau disongsangkan dengan predikat sahaja. 
Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul. Walau bagaimanapun, ayat nombor 2 lebih lazim digunakan. 
Tatabahasa12.05.2025
(rujuk lampiran)Mohon puan membuat rujukan melalui laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ dan Kamus Melayu-Inggeris Dewan (DBP, 2012) untuk membuat semakan terjemahan perkataan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Untuk menjawab soalan puan, perkataan “adverse” boleh diterjemahkan sebagai mudarat, bertentangan atau bercanggah bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Makna27.09.2024
Rujuk ayat di bawah, yang mana satu betul? (1) tiada had nilai. ATAU (2) tanpa had nilai. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), perkataan tanpa dan tiada bermaksud tidak ada. Oleh itu, kedua-dua frasa tersebut betul.

Tatabahasa18.01.2024
rujuk kepada pertanyaan pada 29/3/22Sila buat permohonan melalui laman web dbpsahbahasa.my untuk pengesahan iklan.  Papan iklan yang tuan lampirkan di sini betul dari segi bahasanya. Sila lampirkan visual apabila memohon pengesahan iklan melalui laman web dbpsahbahasa.my.Lain-lain30.03.2022
Sila Rujuk FIleTuan/puan perlu merujuk pihak berkaitan yang lebih arif berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. DBP hanya menjawab pertanyaan lazim berkenaan tatabahasa seperti ejaan, tanda baca dan sebagainya.Lain-lain11.09.2025
Sila rujuk pada lampiranPadanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk Product Disclosure Sheet ialah Lampiran Maklumat Produk.Makna16.04.2025
Sila rujuk lampiran

Singkatan adalah berkaitan dengan bentuk ringkas bagi satu perkataan atau lebih. Singkatan tidak bertaraf kata, iaitu membentuk perkataan. Contohnya, Kuala Lumpur (KL), Tahun Masihi (TM), sentimeter (cm) dan lain-lain.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, nama penuh bagi singkatan PTL, iaitu Penjaja Tanpa Lesen (PTL) perlu dieja dengan menggunakan huruf besar pada awal perkataan jika merujuk kepada Kata Nama Khas. Sekiranya perkataan ini merujuk kepada Kata Nama Am, perkataan penjaja tanpa lesen ditulis dengan ejaan penuh menggunakan huruf kecil tanpa singkatan.

 

Tatabahasa07.10.2024
boleh signboard ini digunakan untuk rujuk an Majlis Daerah Semporna untuk buat lesen operasi & bagi sebab & solusi jika tidak diluluskan

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah DILULUSKAN/BERDAFTAR (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. Jika tidak aktif dan bukan berstatus Registered, sila qunakan nama yang berdaftar dengan SSM sahaja atau nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul sahaja.

Lain-lain05.03.2026
12345678910...

Kembali ke atas