Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ruku-ruku 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin tanya apakah perbezaan antara fasih dan petah? Terima kasih
Salam sejahtera,

Berikut ini diperturunkan beberapa contoh penggunaan bagi fasih dan petah yang dipetik daripada korpus DBP, iaitu:
 
1fasih
 
a. ... Mahadzir yang juga fasih dalam bahasa Itali, Perancis, Portugis dan Sepanyol
b. Kita juga ada ramai ulama yang fasih berbahasa Arab ...
c. ... untuk berurusan dengan warganegara asing yang tidak fasih berbahasa Inggeris
d. Saya mengambil masa empat tahun untuk fasih dan mahir dalam bahasa Mandarin.
 
2. petah
 
a. Ashraf seorang yang petah bercakap dan suka berhujah.
b. ... soal Dayang Ruku yang sememangnya lebih petah berbicara berbanding Dayang Hubu ...
c. Artis yang petah berbicara ini mengakui cukup teruja sebaik saja dikhabarkan ...
d. ... Lincoln telah mula terkenal sebagai seorang yang petah lagi bijak bercakap.
 
Berdasarkan contoh yang diberikan, terdapat perbezaan antara kedua-dua kata ini berdasarkan konteks penggunaannya. Perkataan fasih lebih sesuai digunakan untuk merujuk kepada tahap penguasaan bahasa seseorang yang bukan penutur asli bahasa itu, makakala petah pula merujuk kepada kebolehan seseorang melontarkan kata-kata dengan lancar dan jelas sebutannya sewaktu berbicara, berhujah dan sebagainya dalam bahasa yang dikuasainya.

Terima kasih.

Makna23.09.2024

Kembali ke atas