Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. = ~ Islam = ~ agama dasar atau tiang agama Islam (syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan, dan me­nger­jakan haji); menunaikan ~ yg kelima me­nger­­ja­kan ibadat haji; 2. dasar, tiang, asas, sen­­di: negara yg mengamalkan ~-~ de­mokrasi; 3. sesuatu yg diharuskan, syarat: seseorang yg hendak membuka kedai runcit perlu mempunyai tiga syarat atau ~ spt yg dinyatakan di bawah ini; ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (rukuk dan sujud dlm sembahyang, tawaf dlm ibadat haji, dll); ~ hidup syarat hidup; ~ iman percaya akan Allah (malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya, hari kiamat, dan untung baik dan buruk drpd Allah); R~ Negara falsafah negara Malaysia yg mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kpd Tuhan, ke­setiaan kpd raja dan negara, keluhuran per­lembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan; ~ syarak asas dan hukum agama Islam; ~ syarat Mn sesuatu yg harus diadakan mengikut adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = ~ Islam (agama) dasar agama Islam yg lima (iaitu mengucap dua kalimah syahadat, bersembahyang lima waktu, berpuasa dlm bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan naik haji). 2 sesuatu yg mesti diamalkan; syarat: Hidup tolong-menolong menjadi salah satu ~ hidup. ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (spt rukuk, sujud dlm sembahyang, sai dlm ibadat haji). ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan ibadat haji dan jika tertinggal, hajinya tidak sah. ~ iman perkara yg menjadi dasar iman seseorang Islam (iaitu percaya akan Allah, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat serta qada dan qadar). ~ kalbi rukun yg berupa niat dlm ibadat sembahyang dll. ~ kauli rukun yg berupa bacaan dlm ibadat sembahyang (spt fatihah). ~ negara prinsip kenegaraan yg lima bagi negara Malaysia (iaitu Kepercayaan kpd Tuhan, Kesetiaan kpd Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rukun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok, prinsip.,

Peribahasa

Di mana kelintung berbunyi,
     di situ kerbau tinggal diam.

Bermaksud :

Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah satu yang betul? "Rukun Tetangga" atau " Rukun tetangga"?? Perlukah 'T" ditulis dengan huruf besar?'rukun tetangga' sekiranya dalam ayat. Sekiranya sebagai kata nama khs hendaklah dieja dengan huruf besar. Contohnya Rukun Tetangga Kg. Baru.Tatabahasa06.10.2009
Cikgu! Adakah "berdasarkan prinsip Rukun Negara" dan "berdasar pada prinsip Rukun Negara" itu sama maksud? Atau kena menggunakan "berdasar tentang prinsip Rukun Negara"?Berdasarkan bermaksud berdasar pada, oleh itu ayat pertama dan ayat kedua betul.Tatabahasa01.05.2014
definisi rukun tetangga dan integrasi nasionalRukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara.Makna12.10.2011
ejaan rukun negara atau rukunegaraEjaan yang betul ialah Rukun Negara.Ejaan29.08.2006
Perlukah Rukun Negara ditulis huruf besar R dan huruf besar N ?Rukun Negara ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa03.09.2014
Ejaan yang betul RUKUNEGARA atau RUKUN NEGARA?Ejaan yang betul: RUKUN NEGARA. Dieja dengan dua perkataan.
Ejaan13.09.2009
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan.Tatabahasa05.06.2012
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukunSelain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat.

Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  <i>st resembling a pillar,i> (<i>of rocki>) berceracak; (<i>of smokei>) tegak menjulang; (<i>of firei>) menjulang: <i>~s of granite rock,i> batuan granit yang berceracak; <i>a ~ of black smoke rose from the factory,i> asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. <i>strong supporter, active member,i> tunggak, penunjang: <i>he is one of the ~s of the Labour Party,i> dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; <i>people were shocked to find out that such a ~ of society was involved,i> orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa02.07.2013
bagaimanakah cara yang betul dalam penggunaan tanda baca titik bertindih dan penomboran selepas keterangan. contoh Rukun Islam ada lima: 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada Malaikat. (adakah digunakan huruf besar pada awal dan diakhiri noktah?)

Kalau dalam ayat, Rukun Negara ada lima, iaitu Kepercaayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Jika menggunakan tanda dua titik bertindih dalam ayat , hendaklah ditulis Rukun Negara ada lima : Kepercayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Sekiranya ditulis dalam bentuk poin, hendaklah seperti contoh berikut :

                                                            i. Kepercayaan kepada Tuhan

                                                            ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

 hingga akhir tanpa meletakkan tanda noktah selepas setiap poin. Setiap huruf awal hendaklah  menggunakan huruf besar.

Lain-lain12.02.2008
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang)Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.Tatabahasa08.03.2011
123

Kembali ke atas