Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id persatuan antara orang-orang yg berjiran (bahagian drpd rukun kampung); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : persatuan penduduk yg berjiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rukun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok, prinsip.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah satu yang betul? "Rukun Tetangga" atau " Rukun tetangga"?? Perlukah 'T" ditulis dengan huruf besar?'rukun tetangga' sekiranya dalam ayat. Sekiranya sebagai kata nama khs hendaklah dieja dengan huruf besar. Contohnya Rukun Tetangga Kg. Baru.Tatabahasa06.10.2009
1. Penduduk Kampung Permai menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi menjaga keselamatan kampung mereka bersama-sama. Adakah perkataan rukun tetangga perlu ditulis dengan huruf besar seperti Rukun Tetangga?Penduduk Kampung Permai menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi menjaga keselamatan kampung mereka bersama-sama.  Ejaan perkataan rukun tetangga dalam ayat tersebut betul. 
Perkataan rukun tetangga' sekiranya dalam ayat dieja dengan huruf kecil, sekiranya sebagai kata nama khas hendaklah dieja dengan huruf besar, contohnya Rukun Tetangga Kampung Baru.
Ejaan05.10.2024
definisi rukun tetangga dan integrasi nasionalRukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara.Makna12.10.2011
Salam sejahtera, saya sedia memahami bahawa kata nama majmuk terhasil daripada merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur seperti rukun tetangga, balai raya, dan sebagainya. Pertama, adakah ‘ibu bapa’, sebagai contohnya, tergolong dalam kata nama majmuk? Bukankah kata hubung gabungan ‘dan’ / ‘atau’ boleh disisipkan antara kata nama ibu dengan kata nama bapa? Kedua, andai kata ‘ibu bapa’ tergolong dalam kata nama majmuk, bagaimanakah penggandaannya? Penjelasan dan budi bicara pihak tuan demi memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu amat dialu-alukan dan dihargai. Sekian, terima kasihIbu bapa ialah frasa nama dan frasa tersebut boleh disisipkan dengan perkataan lain, seperti ibu dan bapa.Tatabahasa18.11.2018

Kembali ke atas