| Apakah istilah bahasa melayu yang tepat untuk Addition Rule dalam bidang Matematik. Sedia maklum dalam daftar istilah untuk Multiplication Rule ialah Petua Pendaraban. | Salam sejahtera, Tuan, Istilah bahasa Melayu bagi perkataan Addition Rule ialah Peraturan Penambahan atau Rumus Tambahan Sekian, terima kasih. | Istilah | 05.08.2020 |
| Apa terjemahan mob rule? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mob rule ialah pemerintahan perusuh.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.10.2022 |
| Salam diucapkan kepada pihak pentadbir DBP. Saya mahu minta cadangan mengenai padanan istilah untuk kata "synarchism" dalam bahasa Melayu. Adakah benar padanan sesuai yang dapat diberikan untuk perkataan tersebut ialah "Sinarkisme"? Menurut Wikipedia, Synarchism ialah: "Synarchism generally means "joint rule" or "harmonious rule". Beyond this general definition, both synarchism and synarchy have been used to denote rule by a secret elite in Vichy France, Italy, China, Hong Kong and Mexico." | Cadangan padanan istilah bahasa Inggeris synarchism dalam bahasa Melayu ialah "sinarkisme". Pembentukan ini dibuat berdasarkan penyerapan daripada perkataan bahasa Inggeris dengan penyesuaian ejaan. | Istilah | 03.02.2021 |
| Salam. Apakah padanan BM yang sesuai untuk istilah "rule of man" seperti yang dimaksudkan dalam https://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_man? Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rule of man ialah kedaulatan manusia. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.08.2023 |
| Cerakinkan ayat majmuk kepada dua ayat tunggal: Adik berbaring di sofa lalu tertidur. Jawapan:a) Adik berbaring di sofa. b) Adik tertidur di sofa/ Adik tertidur. (Yang manakah betul) | rule: exactly;"> rule: exactly;"> rule: exactly;"> rule: exactly;"> rule: exactly;"> rule: exactly;"> Dua ayat tunggal daripada ayat majmuk : "Adik berbaring di sofa lalu tertidur" adalah 1. Adik berbaring di sofa. dan 2. Adik tertidur. | | Tatabahasa | 19.03.2017 |
| saya ingin memohon pencerahan adakah Comic Holic dalam bahasa melayu ialah Komik Holic? | rule: exactly;"> | rule: exactly;" class="MsoNormal">Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan “comicholic”. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan “workaholic” dipadankan sebagai gila kerja. Oleh itu, cadangan kami bagi perkataan “comicholic” ialah gila komik. | | Makna | 12.04.2019 |
| apakah istilah bagi "pengganas IS" yang sesuai untuk digunakan dalam esei? Mohon pebcerahan. Terima kasih. | rule: exactly;"> rule: exactly;"> | Akronim IS adalah panggilan global untuk ISIS, akronim bagi nama 'Islamic State of Iraq and Syria' atau terjemahannya kumpulan ‘Negara Islam Iraq dan Syria’. Bagi tujuan penulisan esei, anda boleh memberikan makna akronim IS (atau ISIS) dalam bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu. Pada penulisan yang seterusnya boleh disingkatkan kepada pengganas IS sahaja. | | Tatabahasa | 08.03.2017 |
| APAKAH TERJEMAHAN UNTUK ZOETROPE DAN KINETOSCOPE? | rule: exactly;"> Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan "zoetrope" dan "kinetoscope". Kami akan maklumkan kepada pihak tuan/puan setelah mendapat padanan perkataan yang sesuai. Terima kasih. | | Makna | 14.02.2019 |
| Betulkah ayat ini? Cantikkah baju saya?/Baju saya cantikkah? | rule: exactly;"> Kedua-dua ayat tanya (1) Cantikkah baju saya? (2) Baju saya cantikkah? adalah betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 442. | Tatabahasa | 10.03.2017 |
| Yang mana betul, "mensejahterakan rakyat" atau "menyejahterakan rakyat?" Terima kasih. | rule: exactly;"> Ejaan yang betul ialah menyejahterakan, iaitu menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan. Frasa yang betul ialah "menyejahterakan rakyat”. | | Tatabahasa | 09.08.2017 |