Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rules


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalaamualaikum, Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah ini: 1. Interactional justice 2. Distribution rules 3. Procedural rules 4. Organisational justice 5. Procedural distributive 6. Distributive injustice 7. Job engagement

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

  1. Interactional justice = Keadilan saling tindakan
  2. Distribution rules = Kaedah agihan
  3. Procedural rules = Aturan tatacara
  4. Organisational justice = Keadilan organisasi
  5. Procedural justice = Keadilan tatacara
  6. Distributive injustice = Ketidakadilan teragih
  7. Job engagement = Keterlibatan pekerjaan
Istilah20.05.2019
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Rules of Engagement(ROE)". Bidang: Ketenteraan/KepolisanUntuk makluman tuan, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan Rules of Engagement dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan awal kami bagi perkataan tersebut ialah Peraturan Pertempuran jika bersesuaian dengan konteks penggunaan.Penyemakan dan penterjemahan25.09.2018
Mohon cadangan terjemahan untuk ayat "All rules are off!". Terima kasihMohon tuan/puan memberikan contoh ayat sebelum dan selepas ayat “All rules are off” supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2017
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk ayat berikut: "These terms and conditions are to be read together with applicable laws, rules and regulations."? Saya tidak pasti apakah terjemahan yang betul untuk membezakan antara "laws", "rules" dan "regulations". Terima kasih.

“Law” bermaksud undang-undang, peraturan atau hukum manakala, “rules”  bermaksud peraturan. “Regulation” pula bermaksud pengawalan atau peraturan. Ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kami mencadangkan ayat “Terma dan syarat ini perlu dibaca bersama-sama undang-undang yang digunakan, peraturan dan pengawalan” atau “Terma dan syarat ini akan dibaca bersama-sama undang-undang, peraturan dan pengawalan yang digunakan” sebagai padanan bagi terjemahan "These terms and conditions are to be read together with applicable laws, rules and regulations”.

Penyemakan dan penterjemahan29.04.2020
Salam sejahtera, Adakah "Binding Corporate Rules" boleh diterjemahkan sebagai "Peraturan Korporat Terikat"? Jika tidak, sila berikan pendapat anda. Konteks digunakan dalam surat perjanjian(agreement) Kesatuan Eropah. Sumber: https://ec.europa.eu/info/law/law-topic/data-protection/data-transfers-outside-eu/binding-corporate-rules_en Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Pada pandangan kami, Peraturan Korporat Terikat boleh digunakan bagi terjemahan Binding Corporate Rule.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018
macam mana cara untuk saya dapatkan alamat email Prof Dr Nik Safiah Karim?. saya pelajar PhD dlm bidang IT. sekarang saya sedang membuat kajian untuk menghasilkan rules atau rumus struktur frasa (RSF) BM. saya rujuk buku tatabahasa dewan 3 oleh Nik Safiah cthnya (Ayat=subjek+predikat, subjek=frasa nama/frasa kerja, frasa nama=kata nama+kata bantu)..ada tak rules RSF BM yang lebih detail? atau sesiapa yang boleh saya hubungi yang menganalisis tentang bahasa..YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim boleh dihubungi melalui alamat: Lot 2885, Jalan 6/71 B, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.Lain-lain03.07.2011
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense penggantungan: ~ of players is recommended for more serious violation of the rules, penggantungan pemain-pemain dicadangkan bagi pemain yg melanggar peraturan yg serius; n 1. a. postponement, temporary revocation, penangguhan: the disorder that forced the ~ of the meeting, kekacauan yg menyebabkan penangguhan mesyuarat itu; Pentafsiran ini salah. Perkataan yang betul ialah "suspension", bukan "suspense"Salam sejahtera,

Kami mengambil maklum akancadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. Terima kasih.
Lain-lain04.07.2020
Salam sejahtera. Adakah terdapat peribahasa atau simpulan bahasa yang boleh memberi makna seperti frasa berikut: 1) sebesar gua/suatu ruangan yang sangat besar 2) Rules are made to be brokenTidak ada maklumat tentang peribahasa yang dikaitkan, untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gua&d=11 dan klik ruangan "Peribahasa".Lain-lain07.09.2016
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Saya pembantu penyelidik UPM yang menjalankan kajian mengenai sosialisasi perundangan . Saya ingin bertanya mengenai daftar Bahasa Inggeris yang ingin dialih bahasa ke Bahasa Melayu. 1.legitimacy of the law, 2.cynicism about the legal system 3.moral disengagement Legitimacy of the law - merujuk kepada ( the feelings of obligation to defer to the rules and decisions associated with legal institution and actors ) Cynicism about the legal system - merujuk kepada ( the legal system or the law is the sense in which the people are acting in ways that are outside the law and community norms and they felt that such conduct is reasonable ) Moral disengagement - merujuk kepada ( the separation of conduct from moral standards relevant to the conduct )Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.legitimacy of the law - keesahan undang-undang 2.cynicism about the legal system - kesinisan terhadap sistem undang-undang 3.moral disengagement -pembebasan moralIstilah14.11.2016
Salam sejahtera tuan/puan, Apakah padanan yang sesuai bagi istilah process order dalam konteks industri pembuatan? Sedikit penjelasan berkaitan process order bersumberkan wikipedia: Process orders are used for the production of materials or for rendering of services in a specific quantity on a specific date. They enable the planning of resources, control of process order management, and specify the rules for account assignment and order settlement. Sekian, terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bahasa Melayu bagi perkataan process order. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan arahan proses bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2017
12

Kembali ke atas