Adakah DPB menerbitkan buku Panduan Ejaan Rumi edisi terbaru ? | Buku Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi baharu belum diterbitkan. Buku yang sedia ada ialah Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu terbitan tahun 2004. Sekiranya puan ingin merujuk ejaan rumi yang betul, kami cadangkan supaya puan menggunakan juga buku 'Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi)' terbitan tahu 2008. Buku ini boleh didapati di pasaran. Terima kasih. | Lain-lain | 18.01.2010 |
sejarah perkembangan tulisan rumi dari awal hingga kini dan perubahan-perubahan yang berlaku. | Sejarah perkembangan tulisan Jawi termasuklah peristiwa perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967, Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan pengunaannya pada 16 Ogos 1972 dan seterusnya boleh diperoleh melalui pembacaan/kajian buku seperti Pedoman Ejaan Bahasa Malaysia, DBP; Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, DBP; Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, DBP. Sila rujuk buku-buku berkenaan atau makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 18.08.2009 |
Apakah kekuatan dan kelemahan Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 | Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 14.08.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya, adakah di bahagian Daftar Rumi-Jawi (Beta) menggunakan ejaan Jawi baharu lagi daripada kamus daftar kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi kedua kerana ada sesetengah ejaan sesuatu perkataan tidak sama. Sila rujuk lampiran yang dilampirkan. Sekian, terima kasih | Daftar Rumi-Jawi (Beta) ialah salinan lembut buku Daftara Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi) Edisi Kedua untuk paparan PRPM. Sepatutnya ejaan dalam kedua-dua bentuk salinan adalah sama, namun mungkin berlaku kesilapan sewaktu pemindahan data daripada buku kepada maya. | Lain-lain | 26.08.2015 |
salam. saya hendak tahu ada tak pihak dbp mengeluarkan kamus rumi-jawi yang terbaru? sebab tulisan jawi ini sentiasa berubah... di mana saya boleh dapatkan kamus rumi-jawi ini? | Tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi untuk menyemak ejaan Jawi. | Lain-lain | 25.05.2015 |
ejaan "haji" dari daftar-kata rmi-jawi | Untuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. | Lain-lain | 26.09.2016 |
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 – 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih. | Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun. | Ejaan | 14.04.2012 |
Menukarkan ejaan rumi ke jawi - Kompleks ICT Al-Biruni. | Ejaan Jawi bagi Kompleks ICT Al-Biruni seperti lampiran. | Ejaan | 17.10.2019 |
tukarkan perkataan rumi ke jawi MEDAN SELERA DATARAN SUNGAI | ميدن سليرا داترن سوڠاي | Ejaan | 15.12.2015 |
tukarkan perkataan rumi ke jawi MEDAN SELERA SUNGAI MELAKA | ميدن سليرا سوڠاي ملاک | Ejaan | 30.10.2015 |