Cikgu, kata dasar yang menerima ber-...-an perlu menerima kata sendi nama atau tidak jika belakangnya ialah kata nama yang berperanan sebagai objek? Contohnya: berhampiran dengan kedai runcit atau berhampiran kedai runcit? | Ayat yang gramatis ialah "...berhampiran kedai runcit". Namun begitu, ayat "...berhampiran dengan kedai runcit" juga tidak salah. | Tatabahasa | 18.05.2014 |
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih. | Salam sejahtera, Jawapan yang betul ialah 1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali 2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren | Tatabahasa | 08.07.2020 |
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan penyataan ini "Retail and Services". Terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "retail and services". Istilah bahasa Melayu untuk "retail" ialah runcit atau jualan runcit. Istilah bahsa Melayu untuk "services" ialah perkhidmatan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jualan runcit dan perkhidmatan. | Istilah | 18.04.2013 |
KEDAI RUNCIT FLORA | Sila layari http://dbpsahbahasa.my/default untuk penyemakan dan pengesahan bahasa dalam iklan. Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2018 |
KEDAI RUNCIT AULIA ISKANDAR | Tuan, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Sekiranya tuan ingin mendapatkan pengesahan, sila ke Sistem Pengesahan Bahasa DBP untuk mendapatkan semakan dan pengesahan. | Lain-lain | 15.02.2015 |
KEDAI RUNCIT DALM JAWI | Ejaan Jawi bagi "kedai runcit" ialah کداي رونچيت | Ejaan | 26.11.2019 |
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ? | Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri. | Makna | 25.04.2019 |
Apakah terjemahan yang betul bagi grocery bag? Adakah "beg runcit" terjemahan yang betul? Terima kasih. | Cadangan kami ialah beg barang runcit. | Istilah | 21.11.2011 |
Ali menjinjing bakul dan memilih minyak masak di sebuah kedai runcit. Adakah ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah “ Ali menjinjing bakul sambil memilih minyak masak di sebuah kedai runcit” . | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Perkataan jawi untuk: KEDAI SERVIS BATERI KERETA KEDAI BASIKAL KEDAI RUNCIT | 1. PUSAT SERVIS BATERI KERETA = ڤوست سرۏيس باتري کريتا 2. KEDAI BASIKAL= کداي باسيکل 3. KEDAI RUNCIT = کداي رونچيت | Lain-lain | 13.11.2019 |