Yang mana betul, JURU RUNDING atau JURURUNDING atau JURU-RUNDING. Yang mana lebih baik, JURURUNDING atau JURUPERUNDING | Sdr. Ngadirah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Ejaan yang betul ialah jururunding. Ejaan ini sama juga bagi jururawat, juruukur dan jurukimpal. terima kasih. | Ejaan | 28.12.2009 |
Saya tidak pasti ayat yang mana betul iaitu perunding-perunding pakar atau pun pakar-pakar perunding | Istilah yang digunakan ialah perunding atau pakar runding. Oleh itu, dalam bentuk jamak istilah yang digunakan ialah perunding-perunding atau pakar-pakar runding. | Tatabahasa | 03.01.2011 |
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar. | Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
bila hidup tidak muafakat banyaklah runding tidak terdedat banyaklah orang hidup tersesat kerja yang baik menjadi jahat di dalam air perahu tersekat. apa makna TERDEDAT dalam pantun di atas? terima kasih | Perkataan dedat atau terdedat tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Makna | 13.05.2010 |
Mana satu istilah yang betul untuk doktor atau konsultan bahagian perubatan - pakar perunding atau perunding kesihatan | Cadangan kami ialah pakar runding atau perunding kesihatan, kedua-dua ungkapan ini betul dan boleh digunakan untuk merujuk golongan pakar dalam bidang perubatan. | Istilah | 17.02.2009 |
Salam sejahtera. Dalam ayat "Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Dr. Ali bin Abu, pakar perunding obstetrik & ginekologi daripada Hospital Pantai, Batu Pahat", huruf besar atau huruf kecil untuk pakar perunding obstetrik & ginekologi? Terima kasih. | Ejaan yang betul, "Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Dr. Ali bin Abu, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Hospital Pantai. Sila gunakan Pakar Runding atau Perunding Obstetrik & Ginekologi. | Tatabahasa | 07.07.2014 |
Biasanya kita mengeja/menyebut serunding. Dalam Kamus Dewan tiada serunding. Yang ada serondeng. Mohon padangan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah serondeng, bukan serunding kerana serunding boleh wujud daripada kata se + runding tetapi tidak ada kata tersebut dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 24.08.2011 |
Dalam ingin dapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan juru dan pe seperti perunding dan jururunding. Yang mana sesuai digunakan untuk merujuk kepada suatu organisasi yang memberi khidmat nasihat kepakaran teknikal. | Perkataan yang digunakan ialah perunding atau pakar runding. | Istilah | 10.04.2008 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> book building - proses menentukan harga bagi sesuatu terbitan instrumen pelaburan berdasarkan minat dan permintaan pelabur (harga yang sanggup dibayar untuk sejumlah syer) | Cadangan yang dapat diberikan bagi terjemahan "book building" ialah runding niaga. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.09.2015 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci tentang maksud rangkaikata berikut: 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk 8. pembimbing yang diperakui Sekian, terima kasih. | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan frasa di bawah. Hanya 'pakar rujuk' merupakan rangkai kata. 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk - ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu 8. pembimbing yang diperakui | Tatabahasa | 04.10.2012 |