Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.di.ngan] | رونديڠن

Definisi : 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (per­telingkahan, persengketaan, dsb atau men­capai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan meng­hasilkan persesuaian; 2. butir-butir pem­bicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.di.ngan] | رونديڠن

Definisi : majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runding
Kata Terbitan : berunding, merundingkan, rundingan, perundingan, perunding,

Peribahasa

Tertumpang di biduk hilir.

Bermaksud :

Pekerjaan atau rundingan yang lekas selesai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terjemahan untuk "arm's length deal"Untuk makluman, istilah "arm's length deal" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "arm's length" yang padanan bahasa Melayunya ialah selengan (bidang Ekonomi) dan tulus (bidang Percukaian). Contohnya: arm's length bargaining - rundingan selengan, arm's length transaction - urus niaga tulus). Istilah untuk "deal " pula ialah rundingan atau urus niaga. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah rundingan selengan atau rundingan tulus.Istilah22.01.2013
Dalam minit mesyuarat, saya perlu menulis ayat seperti di bawah: 1. i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti berikut:'Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC'. Soalan: Adakah tatacara penulisan dengan penggunaan tanda (:) diikuti tanda (') adalah betul? Sila beri tunjuk ajar

Tanda baca titik bertindih (:) boleh digunakan kerana fungsinya memperkenalkan atau menambah keterangan.

Manakala tanda petik tunggal (') tidak perlu digunakan kerana selalunya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit dengan tanda petik (").

Maka, penggunaan tanda baca yang betul adalah: i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti yang berikut: Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC.

Tatabahasa01.06.2011
Saya hendak mencari buku.Tajuk buku-buku yang hendak saya cari itu ialah Detik Sejarah Rundingan Baling(Wan Hamzah Awang 1985),Pentadbiran Tentera Jepun dan Thailand di Terengganu 1942-1945(Abdullah Zakaria 1996),Perang Gerila Force 136(Dr.Wan Hashim Haji Wan Teh) dan Darurat di Terengganu1948-1960(Osman Mamat).Tolong bagi cadangan di mana saya boleh dapatkan buku-buku ini.Terima Kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (ahli perpustakaan). Buku tersebut ada di lokasi pinjaman. Saudara boleh datang untuk membuat rujukan dan pinjaman bahan di Pusta Dokumentasi Melayu. 

 

Lain-lain05.08.2010
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat iniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu.  Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna.Sastera17.11.2013
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi "one-to-one consultation" dalam Bahasa Malaysia.Cadangan kami one to one consultation diterjemahkan kepada rundingan satu dengan satu sama seperti istilah one to one relationship diterjemahkan kepada hubungan satu dengan satu.Penyemakan dan penterjemahan13.06.2019
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggahSila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
Tatabahasa09.11.2013
Salam, apakah beza penggunaan 'rupanya' dengan 'rupa-rupanya'? Harap tuan/puan nyatakan ayat contoh. Terima kasih.Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar; sebetulnya, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali.
a) Kusangka dia ada di rumah, rupanya dia sudah keluar
b) Rupa-rupanya rundingan damai di Paris itu akan berhasil.
Tatabahasa30.04.2014
Mohon pandangan tuan berhubung penggunaan ayat "kalangan" seperti berikut: 1) Perkataan "dari kalangan" Contoh ayat: Kumpulan Peladang Muda/Kor Tani merupakan satu kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan menggiatkan penyertaan dari kalangan ahli muda lelaki dan wanita PPK. 2) Perkataan "di kalangan" Contoh ayat: Pertikaian yang berlaku di kalangan Kumpulan Peladang Muda hendaklah diselesaikan secara rundingan muhibah. Soalan: 1) Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai digunakan untuk "kalangan" ? 2) Bila penggunaan "di kalangan" / "dalam kalangan" / "dari kalangan" / "daripada kalangan" / "kalangan" sesuai digunakan?Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Untuk makluman, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Frasa yang betul daripada kalangan.Lain-lain05.03.2014
bagaimana hendak membezakan pgunaan 'aras' 'tahap' dan peringkat.?1. Aras bermakna a) Had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat. Contoh ayat: Aras air sampai ke lutut dalamnya. b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Gombak naik satu meter. 2. Tahap bermaksud had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); Ia sinonim dengan peringkat; tingkat. Contoh ayat: Pemikirannya sudah sampai ke tahap yg begitu tinggi; 3. Peringkat bermaksud: a) Had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap. Contoh ayat: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa peringkat. b) Kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi.Makna29.06.2015
bagaimanakah perubahan bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu?.Bahasa pengantar sistem persekolahan di Malaysia ialah bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu untuk pendidikan tinggi dan berperanan pula sebagai bahasa kesusasteraan, kesenian, budaya, agama, falsafah, sains dan teknologi. Walau bagaimanapun pekeliling kerajaan tentang Pelaksanaan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003 memberi cabaran hebat terhadap fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pelaksanaan dasar ini mendapat tentang banyak pihak dan setelah beberapa proses rundingan akhirnya kerajaan bersetuju memansuhkan PPSMI bermula pada tahun 2012. Untuk makluman saudara bahasa pengantar sistem pendidikan tidak pernah berubah dan masih mengekalkan bahasa kebangsaan.  Lain-lain05.06.2011

Kembali ke atas