Salam Tuan, mohon dapatkan terjemahan terbaik dari bahasa Inggeris untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: HUMANITARIAN, RURAL AND REMOTE HEALTHCARE PROFESSIONALS SERVICES AND MANAGEMENT ORGANIZATION. Apakah ianya boleh diterjemahkan sebagai: PERTUBUHAN PROFESIONAL-PROFESIONAL PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENGURUSAN KEMANUSIAAN, LUAR BANDAR DAN TERPENCIL? Ataupun istilah "ahli profesional" lebih sesuai? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Humanitarian, Rural and Remote Healthcare Professional Services and Management Organisation ialah Organisasi Perkhidmatan dan Pengurusan Profesional Penjagaan Kesihatan Kemanusiaan, Luar Bandar dan Terpencil. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2024 |
Bolehkah "kebolehaksesan" digunakan bagi istilah "accessibility" dan "inklusiviti" bagi "inclusivity"? Jika tidak, harap pihak DBP dapat beri cadangan. Terima kasih. Contoh penggunaan: Prioritising rural basic infrastructure to enhance accessibility and inclusivity. | Tuan/puan, Untuk makluman, terjemahan yang tepat bagi accessibility ialah ketersampaian dan ketercapaian. Selain itu, dalam Kamus Dewan tidak terdapat perkataan inklusiviti. Perkataan yang wujud ialah inklusif yang membawa maksud merangkum, termasuk dan menyeluruh. Jika berdasarkan konteks ayat yang diberi, perkataan yang tepat ialah menyeluruh. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |