Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf yg ke-19 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf yg ke-19 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata s


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan penjelasan dalam Clik DBP:Berita Harian- 'baru' (just) ialah kata bantu manakala 'baharu' (new) ialah kata adjektif. Apabila saya merujuk Kamus Dewan (Edisi 4) m.s.105 (baharu) dan .s.s 131 (baru),penjelasan yang diberi tidak bermaksud demikian. Tolong jelaskan.

Dalamkamus Dewan, kata “baru” bermaksud belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan dan sebagainya). Perkataan “baharu” pula ialah baru (baharu). Tambahan maklumat yang diberi berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, baharu biasa digunakan dalam bentuk adjektif seperti untuk menerangkan buku baharu. Kesilapan berlaku kerana tidak menyatakan sumber kedua maklumat tersebut. Sekian, terima kasih.

Makna04.12.2008
building tomorrow's leader's todaycadangan membina asa depan pemimpin hari ini, "pemimpin hari ini, membina hari esok"Lain-lain06.04.2007
ejaan 'diurussetiakan' - satu 's' atau 2 's'

Puan,

Ejaan yang betul 'diurussetiakan'(2 's').

Ejaan28.04.2010
terjemahan untuk "arm's length deal"Untuk makluman, istilah "arm's length deal" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "arm's length" yang padanan bahasa Melayunya ialah selengan (bidang Ekonomi) dan tulus (bidang Percukaian). Contohnya: arm's length bargaining - rundingan selengan, arm's length transaction - urus niaga tulus). Istilah untuk "deal " pula ialah rundingan atau urus niaga. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah rundingan selengan atau rundingan tulus.Istilah22.01.2013
arm's length - arm's length transactionselangan - contoh urus niaga selanganLain-lain11.04.2007
apakah perkataan yang membawa maksud situasi pengasingan berpihak atau pertentangan kecenderungan, kepentingan dan perbezaan matlamat sesuatu kumpulan. Jawapan : _ _ K _ R _ S A S iUntuk makluman tuan, perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan,  dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP untuk membantu menjawab peraduan teka silang kata.Tatabahasa09.09.2013
bagaimanakah penggunaan yang betul, singkatan untuk s.w.t. S.W.T. SAWSingkatan yang betul ialah SWT dan SAWLain-lain15.08.2007
Dalam penulisan, kalau kita hendak menulis Baginda Rasulullah s.a.w, Perkataan s.a.w ditulis dengan huruf kecil atau besar?Ejaan yang tepat ialah Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT.Tatabahasa11.07.2013
Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri.  
2: Singkatan muka surat ialah m.s.
Tatabahasa09.05.2012
Manakah yang betul dalam penggunaan ayat di bawah? 1. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya Sukan Olimpik. 2. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya sukan Olimpik. Penggunaan huruf "S" besar atau "S" kecil? Sekian, terima kasih.Huruf "S" ialah huruf besar kerana Sukan Olimpik ialah nama khas.Ejaan03.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas