Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata s othman kelantan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum...saya ingin bertanya..jenis teori yang sesuai digunakan bagi novel "wajah seorang wanita" karya s.othman kelantan.Beberapa teori telah dikemukakan oleh para sarjana tempatan dalam mengkritik karya sastera. Antaranya termasuklah Teori SP4BL (Luhur, Lahir, Logik, dan Lateral) oleh Mohd. Affandi Hassan, Teori Kritikan Melayu oleh SN S.Othman Kelantan, Teori Puitika Sastera Melayu oleh SN Profesor Muhammad Haji Salleh, Teori Takmilah oleh Dr. Shafie Abu Bakar, Teori Pengkaedahan Melayu oleh Profesor Hashim Awang, dan Teori Teksdealisme oleh Mana Sikana.
Sementara itu, Dr. Awang Azman Awang Pawi melihat novel "Wajah Seorang Wanita" dari sudut teori psikoanalisis.
Sastera25.01.2014
Saya ingin dapatkan teks penuh cerpen PUSARAN karya S. Othman KelantanSalam. Bagi mendapatkan teks cerpen tersebut, sdr bolehlah datang sendiri atau merujuk ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Atau sdr boleh juga  mengunjungi atau merujuk di mana-mana perpustakaan utama yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sekian, terima kasih dan wassalam. Lain-lain14.11.2009
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllahWaalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam.Lain-lain01.08.2010
sejarah ringkas mengenai perkembangan sastera unsur-unsur penting dalam puisi,cerpen dan novel
Sila rujuk buku terbitan DBP yang berikut:
1. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Novel oleh S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir
2. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Cerpen oleh Othman Puteh dan Ramli Isin
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah
4. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Kritikan oleh Hashim Awang
5. Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu.
Lain-lain08.09.2009
MAKSUD SASTERAWAN NEGARA DAN CIRI-CIRI SEORANG SASTERAWAN NEGARASasterawan Negara ialah sasterawan yang telah menerima Anugerah Sastera Negara daripada Kerajaan Malaysia. Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi kerajaan terhadap sasterawan yang telah menberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Sehingga kini seramai sembilan orang sasterawan yang telah menerima anugerah tersebut, iaitu Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain dan S. Othman Kelantan.Lain-lain26.11.2007
senarai nama sasterawan negara keseluruhanSenarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)Lain-lain11.11.2007

Kembali ke atas