Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Dalam dialog, selepas titik tiga '...' perlukah diletak tanda koma? Contoh ayat, "Sa... sa... saya..." tergagap-gagap dia seketika. 2) Jika ayat penyata, perlukah titik tiga itu diletakkan satu titik lagi menjadi 4 titik, '....'? Contoh ayat, Dia terus hanyut dan hanyut...

1) Selepas elipsis atau titik tiga tidak perlu lagi tanda koma

2) Perlu letak titik jika selepas titik ialah tanda noktah dan dijarakkan terlebih dahulu, seperti contoh ayat: Dia terus hanyut dan hanyut ... .

Lain-lain15.06.2010
Bagaimanakah pemenggalan suku kata untuk perkataan 'sarapan'? Adakah menjadi sa-ra-pan atau sa-rap-an? Ini kerana sarapan mempunyai kata dasar sarap tetapi telah menjadi kata terbitan. Jadi bolehkan ia dipenggal menjadi sa-rap-an

Pemenggalan yang betul bagi kata 'sarapan' ialah [sa.ra.pan] bukan [sa.rap.an] walaupun berasal daripada kata 'sarap'.

Lain-lain09.01.2009
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.laPemisahan suku kata yang diberikan adalah betul:

makanan                   ma-kan-an
sayur-sayuran            sa-yur-sa-yur-an
buah-buahan             bu-ah-bu-ah-an
beruang                    be-ru-ang  
bermain                    ber-ma-in
membuang               mem-bu-ang
dia                           di-a
laut                          la-ut
siang                        si-ang
bayaran                    ba-yar-an
soal                          so-al
buaya                       bu-a-ya
tuala                         tu-a-la
Ejaan23.03.2012
Apakah ceraian suku kata bagi perkataan "sarapan"? Adakah (sa+ra+pan) atau (sa+rap+an)Jawapan yang betul ialah (sa+rap+an)Tatabahasa12.10.2017
saSila kemukakan soalan dengan jelas kerana lampiran yang disertakan tidak dapat dibuka. Terima kasih.Lain-lain30.03.2018
Nor Sa'adah May 18th, 3:13pm Assalam... saya Sa'adah pelajar PhD (Library&Information Science) UIA dengan topik kajian berkaitan kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu. Boleh maklumkan kepada saya siapa pegawai yang harus dihubungi untuk membantu saya mendapatkan statistik kepenggunaan bahan Manuskrip Melayu di DBP? Mohon respon daripada pihak DBP, terima kasih.Waalaikumussalam, Puan Sa'adah, Untuk menjawab persoalan puan ini, puan boleh menghubungi Puan Kamariah Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka melalui telefon 03-2147 9545 ataupun melalui e-mel, kamariah@dbp.gov.my. Sekiranya beliau tidak dapat dihubungi, puan juga boleh menghubungi pegawainya, Encik Nik Aman bin Nik Yusoff melalui telefon 03-2147 9555 ataupun melalui e-mel, aman@dbp.gov.my.Lain-lain18.05.2015
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ.1. [a.cuan]
2. [sa.jian]

Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa22.04.2013
saya Fateenee Sa-mae, belajar di Universiti fatoni kelas dasar ,ingin bertanya DBP perkataan taat atau taah dalam bahasa Melayu, perkataan ini berasal dari bahasa apa? dan apa maknanya?Data tentang etimologi kata tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan. Untuk makluman puan, secara umumnya kebanyakan kata yang mempunyai kaitan dengan laras agama berasal daripada bahasa Arab, begitulah juga dengan kata taat.Tatabahasa22.09.2014
Saya Aibrahem Sa-u sedang belajar bahasa Melayu dasar, pisah di universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang tata bahasa apakah kata Arah? terima kasih.Kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah ialah atas, bawah, dalam, belakang dan lain-lain. Tuan boeh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut.

Contohnya: Buku itu ada di atas meja
Tatabahasa08.12.2013
sarapansa - ra - panLain-lain11.02.2009
123456789

Kembali ke atas