makna pasrah | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pasrah ialah menyerah; memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan; terpasrah terserah; kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung. | Istilah | 08.07.2010 |
Mohon Pencerahan sama ada penggunaan kata penghubung ayat di bawah berikut betul: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja DI penghujung tahun atau PADA saat akhir. | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja pada saat-saat akhir. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 01.05.2020 |
1. hinnga saat ini atau hingga ke saat ini yang betul 2. hingga anak cucu atau hingga ke anak cucu yang betul | Frasa yang gramatis ialah "hingga saat ini" dan "hingga anak cucu". | Tatabahasa | 23.06.2012 |
Salam. Antara 'masa catatan' atau 'catatan masa', yang manakah yang betul? Contoh: Catatan masa larian Ali ialah 10 saat. Masa catatan larian Ali ialah 10 saat. Terima kasih. | Catatan masa larian Ali ialah 10 saat. Masa catatan larian Ali ialah 10 saat. : Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.07.2019 |
Selamat sejahtera, Apakah singkatan yang sesuai bagi "minit"? "min" atau "mnt"? Bagaimana pula dengan singkatan "saat"? Terima kasih. | Perkataan minit boleh dieja dalam bentuk singkatan seperti min., namun saat lazimnya dieja penuh. | Ejaan | 26.03.2015 |
1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba. | 1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah. 2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang. 3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan. 4.a. Ayat tidak lengkap b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan. e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera. f. Ayat ini betul. g. Ayat ini salah dan mengelirukan. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Salam sejahtera, Diharap tuan/puan boleh memberi nasihat tentang penggunaan perkataan "maksima". Yang mana antara dua ayat berikut adalah betul? 1. Satu penalti akan dikenakan untuk maksima 15 saat. 2. Satu penalti akan dikenakan untuk 15 saat maksima. Sumber: "A penalty will be applied for a maximum of 15 seconds". | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah maksimum. Maksimum bermaksud jumlah yang sebanyak-banyaknya, paras dan sebagainya yang setinggi-tingginya. Ayat yang betul dan gramatis ialah Satu penalti akan dikenakan semaksimum 15 saat. | Ejaan | 24.04.2018 |
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan. 4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
Pengesahan kata pemeri Bolehkan saya sahkan sama ada latihan bertajuk Palam Pemasa pada minit ke-8 adalah betul. Saya keliru kerana jawapan yang betul menurut cikgu dalam youtube (https://www.youtube.com/watch?v=Esw5tDq2cEA) ini ialah: "Cuti sekolah adalah saat yang saya nantikan" (kenapa bukan adalah? Perkataan yang selepas ialah ialah 'saat' iaitu kata nama) "Namun, perkara yang merisaukan ayah adalah keselamatan rumah kami" (kenapa bukan ialah? bukankah keselamatan sudah menjadi kata nama?) Mohon pencerahan. Terima kasih. Salam Ramadan, Maizura | Salam sejahtera, Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal. 263). Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Merujuk pertanyaan puan, kata pemeri ialah merupakan kata yang tepat untuk kedua-dua soalan tersebut. Sekian, terima kasih. Layari prprm.dbp.gov.my untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Tatabahasa | 20.05.2020 |
Mohon terjemahan standard BM untuk industri ternakan ayam. 1. Day old Chick --merujuk kepada anak ayam berumur sehari. akronim inggeris yg lazim seluruh dunia ialah DOC 2. Pullet -- ayam penelur berumur 6 minggu sehingga saat bertelur (anggaran 15 minggu). harus diingat yg ayam penelur tidak pernah dikahwinkan untuk bertelur. 3. grower -- ayam pedaging selepas umur 14 hari sehingga saat dipanen sekitar 45-50 hari 4. parent stock -- ayam pembiak baka 5. grand parent stock --ayam yang menghasilkan keturunan pembiak baka 6. pure lines -- ayam yang menghasilkann keturunan grand parent stok 7.broiler --ayam pedaging 8. layer --ayam penelur terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut: - Day old Chick = anak ayam sehari
- Pullet = ayam dara
- Grower = ayam kecil
- Parent stock = stok induk
- Grandparent stock = stok tuai induk
- Pure line = keturunan tulen
- Broiler = Ayam pedaging
- Layer = Ayam penelur
| Istilah | 30.01.2019 |