JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIH | Sambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan. | Makna | 03.12.2008 |
Eliyahu Ezra Jul 25th, 11:58am Mana yang betul? Anti~DBP atau AntiDBP? . No wonder sa gagal BM. Ejaan Bahasa Malaysia / Melayu berubah saban tahun. Memeningkan pelajar sahaja. R.I.P Bahasa, Malaysia Welcome Bahasa Indonesia. | Selepas Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 tiada lagi perubahan yang berlaku pada system ejaan. Apa yang berlaku mungkin kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang baru mengetahui tentang perubahan tersebut. Mohon kerjasama puan memaklumkan kepada kami jika berlaku perubahan ejaan pada saban tahun seperti yang diperkatan tersebut. | Lain-lain | 25.07.2015 |
Adakah ayat ini betul? Kadar jenayah yang berlaku saban hari telah mencalar nama baik negara. | Ayat di atas betul. | Tatabahasa | 04.04.2015 |
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan. | Lain-lain | 26.05.2018 |
Bolehkah saya menggunakan perkataan "LANTARAN" di permulaan suatu ayat?? Contoh: Lantaran itu, gejala merokok dalam kalangan remaja kian berleluasa saban tahun. Terima kasih...:) | Saudara, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , perkataan lantaran bermaksud i. hal yang menjadi sebab sesuatu perkara ii. kerana, sebab. Perkataan lantaran boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai kesimpulan atau rumusan kepada perkara yang dibincangkan dalam perenggan sebelumnya. | Tatabahasa | 16.07.2009 |
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian. | Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan. | Istilah | 12.02.2017 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
Salam. Saya telah menulis sebuah buku bertajuk PENGANTAR HIDROLOGI terbitan dewan tahun 1994. Sehingga sekarang buku itu tidak diterbitkan lagi. Saya bercadang untuk menerbit semula dalam edisi baru. Apa yang patut saya buat. Ini kerana buku saya itu mendapat sambutan dan saban tahun ada oelajar yang mengambil kursus itu | Wassalam. Sila kemukakan hasrat dan cadangan tuan melalui surat kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 06.01.2010 |
sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka. | Ayat yang betul ialah: 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277. 4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
Kata bilangan pisahan: Perlukah penjodoh bilangan diletakkan selepas kata bilangan pecahan 'setiap'? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? Setiap murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. atau Setiap orang murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. Entri di bawah dipetik daripada Kawus Dewan. Penjodoh bilangan 'buah' diletakkan selepas kata bilanga pecahan 'setiap': 'Setiap buah kereta mesti didaftarkan'. Harap dapat jelaskan. Terima kasih. setiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: | Ayat yang lebih gramatis ialah ayat kedua kerana penjodoh bilangan "orang" perlu hadir dalam ayat tersebut sebagai penerang pada kata nama yang mengikutinya, seperti dua orang pelajar ... dua orang ahli PBSM .... setiap orang murid... | Lain-lain | 14.04.2014 |