Salam sejahtera, 1.Para ibu bapa duduk di bawah khemah untuk memberikan sokongan kepada anak mereka. (Para ibu bapa menunjukkan jamak,jadi 'anak mereka' perlu jamak?=anak-anak mereka'. 2.Ahli bulan sabit merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. (bulan sabit merah dalam ayat ini digolongkan sebagai kata nama am atau kata nama khas?). | Menurut data kami, rangkai kata i. Para ibu bapa duduk di bawah khemah memberikan sokongan kepada anak mereka betul. Ayat yang betul ialah ii. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. | Tatabahasa | 03.09.2019 |
Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti yang berikut ke dalam bahasa Melayu. i. field; ii. promotion; dan iii. body politic or body corporate. Perkataan-perkataan di atas digunakan dalam peruntukan di bawah seksyen 5, 12 dan 13 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] seperti di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; … Application of income and property 12. (1) The income and property of the Corporation, whencesoever derived, shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Corporation as set out in this Act, and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly by way of dividend, bonus or otherwise howsoever by way of profit to the members of the Corporation: (bersambung) | Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya mahu bertanya ayat berikut manakah yang betul? i. Perasaan simpati [akan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. ii. Perasaan simpati [dengan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iii. Perasaan simpati [terhadap] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iv. Perasaan simpati [kepada] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. Saya agak kurang pasti dengan penggunaan perkataan di dalam [ ]. Mohon beri pencerahan. Terima kasih. | Kata sendi nama "akan" digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan. Contoh ayat "Kami gemar akan buah durian". Kata sendi "dengan" digunakan untuk: a) membawa maksud bersama-sama atau berserta contoh ayat: "Saya senang sekali dengan kehadiran kamu." b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan contoh ayat:"Mulakan makanmu dengan bacaan doa." c) membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu alat contoh ayat: "Lalang sedang ditebas dengan sabit." d) menyatakan perbandingan yang serupa atau sama contoh ayat: "Samakah mutu emas tulen dengan emas suasa." Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Contoh ayat: "Raja itu adil terhadap rakyat negerinya." "Kepada" ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut: a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia contoh ayat: "Pemberian buku teks percuma kepada semua murid." b) menyatakan pecahan contoh ayat: "Peserta kursus dibahagikan kepada tiga kumpulan." c) menyatakan perubahan keadaan contoh ayat: "Ingatannya masih kepada peristiwa yang silam." Diharap penerangan di atas dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang dikemukakan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara juga boleh merujuk "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 25.05.2022 |