Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.dai] | ساداي

Definisi : ; bersadai berbaring santai (orang di pantai, buaya di tebing sungai, dll), terletak di tempat yg lebih tinggi (perahu yg tidak dipakai), terdampar; adaikan meletakkan perahu di tempat yg lebih tinggi; tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 2. terletak di tempat yg lebih tinggi (perahu), terkandas, terdampar: tinggallah perahu yg dua buah ~ di atas batu; 3. Mn tidak laku (barang-barang jualan, anak dara yg tidak dipinang orang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sadai
Kata Terbitan : bersadai, menyadaikan, tersadai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Di sini saya ingin mengemukakan beberapa soalan . 1. apakah kata kerja bagi perbuatan murid sekolah rendah yang membawa beg di kedua-dua belah bahu di belakang mereka. Adakah kata kerja itu menggalas atau menyandang ? Apabila disemak kamus menggalas menggunakan kayu tetapi setahu saya perbuatan itu kita sebut sebagai menggalas beg manakala menyandang hanya di sebelah bahu. contohnya menyandang senapang , pedang dan beg tangan. harap pihak DBP dapat berikan penjellasan. tk Soalan kedua tersadai dan terdampar Jika disemak kamus seakan-akan sama. pemahaman saya pula... tersadai untuk benda manakala terdampar boleh pada orang atau mayat. bagaimanakah hendak bezakannya kerana apabila disemak kamus , agak keliru. terima kasih,harap mendapat jawapan secepat mungkin kerana soalan dalam peperiksaan sekolah. terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perbuatan membawa beg di belakang  ialah menggalas beg manakala membawa beg disebelah bahu ialah menyandang. Perkataan dampar membawa maksud hanyut dan terkandas di pantai. Perkataan sadai membawa maksud terdampar. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan secara bertukar ganti. Makna13.05.2008

Kembali ke atas