Mana sagu yang betul.. Ali mengimami atau mengimamkan solat? | Frasa yang betul ialah Ali mengimami solat. | Tatabahasa | 17.09.2013 |
tatacara atau tata cara perlindungan atau pelindungan saguhati atau sagu hati kakitangan atau kaki tangan | Tatacara, perlindungan, sagu hati, kakitangan. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Saya rujuk di PRPM tertulis, "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu" Persoalan saya, apakah maksud 'mencapat?' Kenapa perkataan itu tiada dalam kamus dewan ataupun PRPM? | Peribahasa yang betul ialah "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu". Kami memohon maaf atas kesilapan ejaan tersebut. | Tatabahasa | 26.11.2013 |
1. "____tanda pengahargaan, terimalah sagu hati ini sebagai kenang-kenangan," kata pegawai daerah kepada seorang penduduk kampung. a. demi b. sebagai c. bagi d. di Jawapan yang akan saya pilih ialah b. jawapan yang di beri ialah c. Bolehkah tuan tolong terangkan? 2. Rumahnya ____ jauh di kawasan pedalaman. a. terlalu b. kurang c. agak d. sekali. Tuan, yang manakah satu ialah jawapan yang paling sesuai. tolong terangkan. sekian terima kasih | 1. "____tanda pengahargaan, terimalah sagu hati ini sebagai kenang-kenangan," kata pegawai daerah kepada seorang penduduk kampung. - Perkataan demi, sebagai dan bagi boleh membawa maksud untuk tetapi jawapan yang paling tepat ialah sebagai yang membawa maksud menjadi . 2. Rumahnya ____ jauh di kawasan pedalaman. Jawapan yang tepat ialah terlalu (terlampau) atau agak (anggapan), kurang - merujuk perbandingan dan sekali - merujuk penghabisan tidak sesuai digunakan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 08.12.2009 |
Apakah terma yang betul untuk perkataan 'election goodies'? sagu hati, hadiah. imbuhan atau ada terma yang lain? Terima kasih atas bantuan, Tuan. | Kesemua istilah tersebut boleh digunakan sebagai padanan bagi election goodies mengikut konteks dan situasi atau istilah lain, cenderamata. | Istilah | 27.07.2010 |
ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT BAYARAN SEKIRANYA KARYA SAYA DITERBITKAN DI MAJALAH?? | Bayaran sagu hati akan diberikan kepada pemilik karya yang disiarkan melalui majalah DBP. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Ketua Editor Majalah, Encik Azmi bin Ibraim melalui talian 03-21470000 atau e-mel azmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 22.12.2015 |
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'? | Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
Manakah yang berikut ialah betul? a.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya b.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,masakan dapat sagunya Adakah ini jenis kesalahan ejaan? | Berdasarkan sumber kami, peribahasa yang terakam ialah "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu". Tidak ada kesalahan ejaan dalam kedua-dua bentuk peribahasa yang saudara nyatakan, masakan dan manakan kedua-dua kata tersebut betul. | Lain-lain | 11.11.2010 |
1. antioxidant 2. whole-what flour 3. premixed vitamin 4. vanillin 5. malt extract 6. leaving agent 7. skimmed milk powder 8. casrava strerch 9. cocoa mass 10. arkey | 1. antioksidan 2. tepung gandum lengkap 3. vitamin pracampur 4. vanilin 5. ekstrak malt 6. agen penaik 7. susu tepung milk 8. sagu ubi 9. jisim koko 10. wei/dadih | Ejaan | 26.06.2013 |
1.saya nak tahu kenapa kita tak boleh guna'di kalangan'. 2.ejaan saguhati kenapa dia dekat 3.ejaan rekabentuk kenapa jauh. | 'Di kalangan' dan 'dalam kalangan' kedua-duanya boleh digunakan. Oleh sebab 'di' telah ditetapkan untuk menunjukkan tempat, maka lebih sesuai diguanakan 'dalam kalangan'. Ejaan saguhati dieja sagu hati. | Tatabahasa | 16.03.2008 |