Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sahabatnya

Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, 1. bersama-sama sahabatnya 2. bersama-sama dengan sahabatnya 3. bersama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Cikgu tolong tengok yang manakah dua frasa yang betul dalam contoh frasa ini. Tolong berikan penerangan berdasarkan pilihan cikgu. Terima kasih, saya ingin tahu sangat.Frasa yang betul ialah 1. bersama-sama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.Tatabahasa06.05.2014
Salam, boleh betulkan ayat ini " Ami menjadi sendi antara dua sahabatnya yang bermusuhan itu"Ayat tersebut tidak tepat dari segi makna, perkataan yang sesuai dalam konteks ayat tersebu ialah pendamai, Ami menjadi pendamai antara dua sahabatnya yang bermusuhan itu.Tatabahasa17.05.2013
Yg mana satu betul? "------- akan segera mengadap sultan apabila tiba di Melaka nanti," kata Laksamana Hang Tuah kepada sahabat-sahabatnya. A. Patik B. Hamba C. Tuanku D. Beta Dlm penerangan encik...hamba digunakan utk merendahkan diri... Manakala patik dgunakan ketika brckap dgn raja...Jd knapa jwpannya 'patik' ....sdangkan laksamana hang tuah bckap dgn sahabatnya...Kami memohon maaf atas kesilapan jawapan yang diberikan. Pihak kami telah menghantar e-mel  kepada saudara pada tarikh yang sama jawapan diberikan (5/2/2013) untuk pemberitahuan kesilapan kesalahan jawapan KNDBP.

Jawapan yang tepat ialah hamba. Kami memohon maaf atas kesilapan yang diberikan tempoh hari.
Tatabahasa06.02.2013
Akhirnya Hock Seng dapat mendamaikan kedua-dua orang sahabatnya yang bercanggahan pendapat. munsyi, bercanggahan atau bercanggah sesuai digunakan, TQKedua-duanya betul, luntuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bercanggah.Tatabahasa13.02.2012
apa___ gerangan nasib hamba? kata Hang jebat kepada sahabatnya. adakah jawapannya (lah atau tah)berikan sebabnya.

Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Oleh itu jawapan yang betul ialah apatah gerangan nasib hamba?

Tatabahasa23.07.2010
Yg mana satu betul? "------- akan segera mengadap sultan apabila tiba di Melaka nanti," kata Laksamana Hang Tuah kepada sahabat-sahabatnya. A. Patik B. Hamba C. Tuanku D. BetaKata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya'.
Jawapannya ialah patik.
Tatabahasa05.02.2013
Apakah benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan pucuk, bidang dan laras? Sila berikan beberapa contoh...

Tuan,

Pucuk :penjodoh bilangan bagi surat.  Misalnya,  dia terima sepucuk surat daripada sahabatnya.

Laras: penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga laras senapang patah.

Bidang: penjodoh bilangan bagi benda yang luas (seperti tanah dsb):  sebidang tanah Pak Ali telah dijual kepada Pak Karmun.

    Sekiranya tuan ingin melihat beberapa penjodoh bilangan yang lain, tuan boleh merujuk Kamus Dewan.

Tatabahasa15.04.2009
Terima kasih atas jawapan yang diberikan, "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. Susulan itu, saya ingin bertanya lagi, jika dalam konteks "mendapatkan maklumat" ditemukan atau ditemui yang sesuai? Contoh: anda boleh menemui maklumat lanjut di laman web atau anda boleh menemukan maklumat lanjut di laman web ?1. Penggunaan yang betul ialah ANDA BOLEH MENEMUKAN MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN WEB...

2. Sebagai tambahan, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". 
Tatabahasa29.06.2018
1.Ejaan untuk Al-Quran memang kena huruf besar ke A dan Q? 2. Yang mana satu yang betul, hadis & hadith? 3. Apa beza hadis dan sunnah?Salam sejahtera

1. Ejaan yang betul ialah al-Quran
2. Ejaan yang betul bagi hadis atau hadith ialah hadis
3. Hadis ialah sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg di­riwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. Sunah ialah peraturan (dlm agama Islam) yg berdasarkan perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW. 
Ejaan31.07.2016
Saya menerima penjelasan "Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai." tetapi itu bukan soalan saya. Soalan saya: Adakah penggunaan tersebut betul kerana konteks penggunaannya seolah-olah janggal pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian."Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur.Tatabahasa28.06.2018
12

Kembali ke atas