Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sahaja;

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.


Lihat selanjutnya...(35)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan "bukan sahaja...malahan" dan "bukan sahaja... tetapi juga" ? Terima kasih..

Frasa "bukan sahaja" dan "malahan" dalam satu ayat lazimnya digunakan dalam ayat yang menandakan ada pertambahan sifat/keadaan daripada kenyataan yang pertama. Frasa "bukan sahaja" dan "tetapi" dalam satu ayat lazimnya digunakan apabila terdapat perbezaan hal/keadaan daripada kenyataan yang pertama.

Tatabahasa18.05.2011
1. dari 1000 atau daripada 1000 2. pada 1000 atau kepada 1000 3. dua ratus lima ringgit sahaja atau ringgit dua ratus lima sahaja 4. empat puluh sen sahaja atau sen empat puluh lima sahaja

 Penggunaan yang betul ialah:

1. daripada 1000

2. pada 1000

3. dua ratus lima ringgit sahaja

4. empat puluh sen sahaja

Tatabahasa04.05.2011
Yang manakah antara berikut adalah benar?mengapa? a) Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. b) semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih persis ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat (b) boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , iaitu hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Makna17.02.2010
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja?

Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.

Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan.

Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa29.09.2012
Assalamualaikum. Penggunaan % dalam penulisan: Mana satu yang betul? 1. Hanya 5% sahaja rakyat kita yang membaca 2. Hanya 5 peratus sahaja rakyat kita yang membaca 3. Hanya 5% peratus sahaja rakyat Malaysia yang membaca 4. Hanya 5% (peratus) sahaja rakyat Malaysia yang membaca Terima kasih.Dalam teks tersebut, simbol dan angka hendaklah dieja.Tatabahasa17.07.2010
Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. adakah penggunaan kata sebaik-baik sahaja dan selebat-lebatnya salah dalam ayat tersebut?"Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya", ayat ini betul sebaik-baik bermaksud baru sahaja, manakala selebat-lebatnya menunjukkan keadaan hujan yang sangat lebat.Tatabahasa23.06.2009
Dia bukan sahaja rajin bahkan juga/malah/malahan pemurah. Ayat di atas betulkah? kata bukan sahaja... patut dipadankan dengan kata malah/malahan/bahkan juga ? yang mana satu padanannya? patutkah tanda koma diletakkan selepas kata rajin? tolong berikan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan 'bukan sahaja... tetapi juga'. terima kasih.Lazimnya frasa "bukan sahaja" boleh diikuti oleh perkataan malah, malahan dan bahkan dalam ayat tersebut kerana ketiga-tiga perkataan membawa makna yang sama. Tidak perlu tanda koma selepas perkataan rajin dalam ayat tersebut.
Tatabahasa12.06.2012
dalam ayat yang menggunakan "hanya", "adakah ayat itu boleh diakhiri dengan "sahaja" Contoh: Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera. atau Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera sahaja. Contoh2: Tugas itu hanya melibatkan Ali sahaja. atau Tugas itu hanya melibatkan Ali.

Hanya bermaksud tidak lebih daripada atau sahaja, oleh itu jika telah ada kata hanya tidak perlu lagi diakhiri dengan kata sahaja, contoh: Tugas itu hanya melibatkan Ali.

Tatabahasa20.05.2008
....membeli barang yang benar-benar perlu sahaja atau ....membeli barang yang perlu benar-benar sahaja.Frasa yang betul ialah "membeli barang yang benar-benar perlu sahaja".Tatabahasa20.09.2013
Salam, saya ingin bertanya..Adakah perlu ditambah perkataan 'sahaja' dalam ayat ini? Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat. Ataupun jika dimasukkan 'sahaja', ayat tersebut akan menjadi 'Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab peminat sahaja'.. Yang manakah betul? Terima kasihAyat "Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat" ialah ayat yang gramatis. Tidak perlu diakhiri dengan perkataan sahaja dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.03.2013
12345678910...

Kembali ke atas