| Dalam surat rasmi kepada Mufti/Timbalan Mufti, apakah gelaran dan kata sapaan yang sesuai digunakan? Sahibul Fadilah/Sahibus Samahah? YBhg. SF/SS? YBhg. Tuan? | Panggilan hormat bagi mufti ialah Sahibus Samahah, manakala gelaran Sahibul Fadilah ialah panggilan hormat bagi kadi besar atau orang yang dihormati yang mempunyai kelebihan ilmu agama Islam. Kata sapaan bagi mufti dan timbalan mufti bergantung pada peranan mufti atau timbalan mufti itu dalam sesuatu majlis atau organisasi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1928. | Tatabahasa | 15.07.2025 |
| Apakah ejaan untuk gelaran bagi mufti "sahibul samaah" | Ejaan kata tersebut ialah: Sahibus Samahah صاحب السماحة panggilan hormat bagi mufti. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat bahasa Melayu yang terkini.
| Ejaan | 22.08.2024 |
| Assalamualaikum, mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan (Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan). Kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’. Contoh 1: Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri TERENGGANU. Contoh 2: Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri TERENGGANU. Contoh 3: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Contoh 4: Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri TERENGGANU. Contoh 5: Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Kepada K.D.Y.M.M. Sultan TERENGGANU. Di atas kerjasama dan perhatian yang bersegera tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian. | Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Bagi orang yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan dalam kerajaan, maka panggilan hormat kepadanya berdasarkan pada gelar yang dimilikinya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Adat Istiadat Perdana Menteri. Sebagai contoh, orang yang bergelar Dato’ tetapi tidak memegang jawatan kerajaan dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berbahagia. Orang yang berjawatan pula, katakanlah ia menteri, maka sama ada ia bergelar atau tidak ia dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Jika ia bergelar, contohnya gelar Dato’, maka gelar itu tidak mempengaruhi panggilan hormat yang didasarkan pada jawatannya. Beliau tetap dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. | Lain-lain | 20.02.2019 |