Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih. | Alaikumussalam. Ejaan yang tepat ialah "sayidina" Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelaksanaan sesuatu projek; ~ perjalanan mesyuarat; | Ejaan | 11.11.2014 |
Soalan | Tengku ialah gelaran bangsawan Melayu untuk anak raja atau untuk orang yang berketurunan raja. Yang Mulia ialah nama rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Syed, Raja, Engku, Ungku atau Datu. Ibnu ialah kata nama bagi anak lelaki. Kata ini biasanya berada pada pangkal nama seseorang, iaitu sebelum nama si ayah. Contohnya, Ibnu Umar. Ibni juga merupakan kata nama bagi anak lelaki. Namun, kata ini biasanya berada di antara dua nama orang, iaitu sebelum nama si ayah. Contohnya, Saidina Umar ibni al- Khattab. Kata nama yang betul bagi contoh yang diberikan ialah DYMM Raja Daud ibni Raja Talib. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 797, 2324 dan 2521. Bagi soalan 3 hingga 9, sila rujuk buku yang berkenaan. Antara buku yang boleh dirujuk ialah Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu. | Tatabahasa | 20.12.2024 |