Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[saif] | سيف

Definisi : Ar pedang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya..antara ayat di bawah, yang manakah paling tepat?Dan apakah alasannya (betul/salah) bagi setiap ayat contoh tersebut? 1. Saif sedang cuba untuk mengait pokok kelapa yang tinggi itu. 2. Saif sedang mencuba mengait pokok kelapa yang tinggi itu. 3. Saif sedang mencuba untuk mengait pokok kelapa yang tinggi itu. 4. Saif sedang cuba mengait pokok kelapa yang tingi itu. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saif mencuba untuk mengait buah kelapa pada pokok yang tinggi itu". Dalam ayat ini, "Saif" ialah subjek ayat, "mencuba" ialah kata kerja transitif dan frasa "untuk mengait buah kelapa pada pokok yang tinggi itu" ialah klausa komplemen dan klausa komplemen ini berfungsi sebagai objek. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Awalan Kata Kerja, Kata Kerja Transitif dan Ayat Majmuk Pancangan.Tatabahasa29.04.2013
Bagaimana ejaan yang sebetulnya untuk menulis nama-nama Arab dalam teks rencana seperti Al-Barra' bin An-Najjar bin Al-Saif. Apakah nama di pangkal seperti Al dan An perlu huruf besar atau huruf kecil al-Barra dan an-Najjar. Bagaimana pula dengan ejaan khalifah Sayidina Abu Bakar As-Sidique. As itu perlu menggunakan huruf kecil atau besar memandangkan kedudukannya di tengah-tengah dan bukan pangkal perkataan.Selamat petang.

Perkataan an, al dan as ditulis dengan huruf kecil sama ada di pangkal dan di dalam ayat (seperti al-Barra dan an-Najjar dan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq). Sekian. Terima kasih.
Ejaan23.06.2016
Salam, Saya ingin bertanya tentang kursus-kursus yang dianjurkan oleh DBP; adakah kursus menulis secara rasmi dalam Bahasa Melayu dianjurkan? Sekiranya ada, apakah kos untuk menyertai kursus tersebut?Pihak DBP melalui Akademi DBP menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak Akademi DBP melalui talian 03-21470201 / 03-21470211 / 03-21470220 atau e-mel: saif@dbp.gov.my">saif@dbp.gov.my / norhizan@dbp.gov.my / srosli@dbp.gov.my .
Maklum, terima kasih.
Lain-lain29.08.2018
apakah maksud gerah rangdu dalam hikayat indera nata?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, gerah sama maksud dengan panas, manakala perkataan rangdu tidak terdapat dalam Kamus Dewan.  Walau bagaimanapun, setelah merujuk pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, istilah rangdu ialah istilah sastera Melayu klasik yang tidak digunakan lagi dan hanya digunakan zaman tersebut. Rangdu ialah bahan yang berupa seperti bedak atau mekap untuk mengubah wajah seseorang. Saudara boleh menghubungi pegawai kami melalui e-mel ,saif@dbp.gov.my untuk lebih lanjut.Makna09.07.2013

Kembali ke atas