Salam sejahtera. Ayat: Monorel, kapal terbang dan kereta api ialah ciptaan Sains. Perkataan "Sains" ditulis huruf besar atau huruf kecil? Dalam situasi ayat yang bagaimana ditulis kecil dan besar? Terima kasih. | Ejaan sains ditulis dengan huruf kecil tetapi ditulis menggunakan huruf besar apabila menunjukkan nama mata pelajaran di sekolah. Nama mata pelajaran dianggap sebagai kata nama khas dan dieja dengan huruf besar seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. | Ejaan | 25.10.2013 |
apakah bidang perkerjaan yang boleh dimohon sekiranya mempunyai kelulusan: - diploma sains -Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Molekular) (Kepujian) -Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Marin) adakah terdapat permohonan untuk masuk dalam bidang perguruan sekiranya menggunakan kelayakkan diloma sains? | Dengan kelulusan tersebut, anda boleh memohon jawatan Pegawai Perancang Bahasa atau Penolong Pegawai Perancang Bahasa di DBP.Untuk kursus perguruan, anda boleh merujuk iklan yang berkenaan. | Lain-lain | 19.08.2007 |
Ejaan yang mana betul? 1) bendahari Persatuan Sains atau Bendahari Persatuan Sains 2) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah 4) kepada tuhan kita memohon doa atau kepada Tuhan kita memohon doa | Ejaan yang betul ialah Bendahari Persatuan Sains, Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. Apabila merujuk kepada Allah, Tuhan dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 06.06.2012 |
saya memerlukan kamus tujuan utk pembelajaran.......... kamus sains tpi dalam bahasa melayu..................... boleh bagi cadangan? | Untuk tujuan pembelajaran sila rujuk Kamus dan juga buku istilah, kamus istilah dan ensiklopedia sains mengikut bidang yang dipelajari seperti Kamus Inggeris Melayu Dewan Istilah Sains dan Ensiklopedia Sains | Lain-lain | 04.10.2008 |
salam sejahtera. adakah papan iklan "Sains Trade"sesusi , mengelirukan atau perlu diganti dengan perkataan lain? | Terjemahan trade dalam bahasa Melayu ialah niaga, dagang atau perdagangan. Frasa Sains Trade adalah mengelirukan dan berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah Sains Perdagangan bukan Sains Trade. | Istilah | 31.01.2011 |
Apakah padanan BM bagi frasa "liberal arts"? Sistem pencarian dalam laman web DBP mencadangkan "sastera". Tetapi, "liberal arts" biasanya termasuk bukan sahaja sastera tetapi juga matematik, sains dan sains sosial. Adakah "pendidikan umum" lebih tepat? Terima kasih. | Dalam daftar istilah DBP ada mencadangkan istilah 'Sastera Liberal'. | Makna | 13.06.2009 |
bilakh kita gunakan huruf kecil dan huruf besar di pangkal perkataan untuk jawatan seperti guru besar, pengetua dan untuk tempat seperti bilik sains atau bilik Sains? | Huruf besar digunakan pada kata nama khas. Contohnya Guru Besar Ahmad, Sekolah Kebangsaan Mawar, Bilik Sains. Sekiranya digunakan dalam pernyataan umum seperti sekolah, bilik, guru tidak perlu dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | Lain-lain | 01.12.2010 |
salam. sya ingin bertanyakan mengenai bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi. 1.sumbangan bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi adakah masih di tahap yang sederhana atau sebaliknya? 2. sumbangan tersebut dapat dilihat dari sudut apa dan contoh-contoh yang sesuai bagi menyokong sumbangan tersebut? 3. apakan kekengan dalam memperjuangkan bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi? 4. apakah langkah untuk memertabatkan bahasa melayu dalam bidang S&T? 5. saya ingin mendapatkan karya NIK SAFIAH KARIM yang berjudul BAHASA MELYU DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI yang diterbitkan pada tahun 1995 dalam pelita bahasa. bolehkah pihak DBP emailkannya kepada saya? | Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP tidak menangani pertanyaan yang berbentuk tugasan kerana pertanyaan ini memerlukan kajian, bacaan dan rujukan yang banyak. Oleh itu, kami cadangkan tuan kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan dan tuan juga boleh melihat artikel yang pernah diterbitkan dalam majalah terbitan DBP termasuklah artikel Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang tersebut. | Lain-lain | 09.11.2012 |
1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP? | Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939. | Lain-lain | 17.01.2008 |