Assalamualaikum, Saya adalah penulis buku Pengenalan Virologi (1993), Komunikasi Saintifik (1995) dan Penulisan Saintifik (1996). Buku-buku ini adalh out of print. Saya ingin memesan untuk kegunaan sendiri. Soalan-soalan saya: 1. Dapatkah lagi buku-buku itu dicetak? 2. Berapakah bilangan yang paling kurang untuk dicetak? 3. Berapa kos pencetakan? 4. Berapa lama pesanan boleh disiapkan. Terima kasih Dr. Ismail Ahmad | Judul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 11.02.2008 |
Tuan, Saya, Ismail bin Ahmad, adalah pengarang tiga buah buku ilmiah terbitan DBP, seperti yang berikut: Pengenalan Virologi (1993) Komunikasi Saintifik (1995) Penulisan Saintifik (1996) Saya ingin mendapatkan naskhah baru untuk kegunaan sendiri. Pertanyaan saya: Adakah DBP masih boleh mencetak lagi buku-buku tersebut? Berapakan minimum bilangan naskhah yang saya perlu pesan? dan, berapakah kos yang terlibat? Untuk pengetahuan tuan, saya telah menghantar soalan ini kali kedua, kerana soalan yang sama yang saya hantar dua minggu yang lalau tidak mendapat jawapan. Sekian. Terima kasih Yang benar Ismail Ahmad | Judul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh memohon atau mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang dengan menulis surat kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Soalan tuan yang dahulu telah dijawab oleh petugas tetapi terdapat masalah teknikal menyebabkan jawapan tersebut tidak sampai kepada tuan. Harap maaf. | Lain-lain | 03.03.2008 |
Penterjemahan perkataan saintifik kepada nahasa melayu, sperti napthaldehyde aldol condensation, alkoxynapthaldehyde, enolate, hydoxyphenyl, acetophenone, decoxynapthaldehyde Penterjemahan perkataan cooperated | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. napthaldehyde aldol condensation – pemeluwapan aldol naftaldehid ii. alkoxynapthaldehyde - alkoksinaftaldehid iii. enolate - enolat iv. hydoxyphenyl - tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah hydroxyphenyl dan padanan bahasa Melayunya ialah hidroksifenil v. acetophenone - asetofenon vi. decoxynapthaldehyde - dekoksinaftaldehid | Istilah | 09.05.2013 |
nama saintifik untuk umpun-umpun atau pumpun yang digunakan untuk umpan memancing | Nama saintifik pumpum ialah nereididae. | Istilah | 17.02.2009 |
maksud evolusi pengurusan dan maksud pendekatan saintifik | Evolusi pengurusan bermakna perubahan atau perkembangan yang berlaku dalam kaedah mengurus. Manakala pendekatan saintifik ialah kaedah/cara/langkah-langkah yang dijalankan menurut kaedah/prinsip sains. | Makna | 08.10.2006 |
Rupa buah "kelapa laut" yang biasa dilihat dijual di pasar-pasar malam adalah seperti yang dilihat dalam gambar di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Borassus_flabelliferDan nama saintifik yang diberikan ialah "Borassus flabellifer".Tetapi pencarian istilah "kelapa laut" di PRPM memberi takrifan "Lodoicea maldivica", iaitu buah ini:http://en.wikipedia.org/wiki/Coco_de_MerJadi, mana satu buah "kelapa laut" yang betul? | Untuk makluman nama saintifik yang diberikan, iaitu Lodoicea maldivica terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Nama saintifik ini merupakan nama untuk sejenis kelapa laut. Mungkin nama yang puan kemukakan merupakan salah satu spesies kelapa laut. | Istilah | 02.11.2011 |
Definisi bahasa melayu saintifik dan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Perbincangan bidang morfologi dan sintaksis dalam bahasa melayu | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyk. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaiatan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 23.01.2013 |
KATEGORI LINGUISTIK | Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Soalan saudara tidak jelas. Jika saudara memerlukan kategori linguistik, sila hubungi Jabatan Linguistik di IPTA. | Makna | 06.08.2007 |
Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA Tuan/Puan Saya ingin bertanya berkaitan keperluan penggunaan italic di dalam sesuatu ayat berbahasa inggeris. Adakah perlu, sekiranya kita menulis sesuatu artikel dalam Bahasa Inggeris contohnya artikel berkaitan ubat-ubatan, nama saintifik ubat tersebut perlu di italic atau tidak? Sekian terima kasih. | Lazimnya penulisan nama-nama saintifik dalam teks bahasa Inggeris diitalikkan ejaannya. Walau bagaimanpun untuk maklumat lanjut sila rujuk buku ilmiah bahasa Inggeris. | Lain-lain | 19.03.2012 |
Bagaimana nak mencari terjemahan istilah? terutama istilah saintifik dalam bidang biologi bioteknologi farmaseutikal | Sila gunakan carian kata dalam Khidmat Nasihat Bahasa dengan melayari Laman Web DBP . | Lain-lain | 04.04.2008 |