"Saintis mencipta kereta yang (boleh / dapat) bertukar warna." Dalam konteks ini, yang manakah lebih sesuai digunakan? Tolong berikan sebabnya. | Kedua-duanya boleh digunakan kerana salah satu makna 'boleh' juga 'dapat'. | Lain-lain | 11.08.2009 |
soalan 1(a) Saintis mencipta kereta yang boleh bertukar warna. 1(b) Saintis mencipta kereta yang dapat bertukar warna. ayat yang manakah lebih tepat dan betul? | Ayat yang tepat ialah "Saintis mencipta kereta yang boleh bertukar warna'. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
Yang manakah lebih tepat; saintis atau ahli sains? Terima kasih. | Kedua-dua kata tersebut betul. Saintis/ahli sains merujuk orang yang pakar dalam bidang sains. | Makna | 11.04.2019 |
Salam, Tuan, Adakah terjemahan bagi "Lead Scientist" adalah "Saintis Utama"? Terima kasih. | Untuk makluman tuan, padanan bahasa Melayu bagi istilah lead scientist tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ahli sains utama bagi padanan bahasa Melayu perkataan scientist lead. | Istilah | 19.11.2013 |
ISTILAH `CITIZEN SCIENCE' MERUPAKAN ISTILAH BARU YANG TELAH DIGUNAKAN SECARA MELUAS SEMENJAK AKHIR-AKHIR INI. APAKAH TERJEMAHAN YANG TEPAT DLM BM UNTUK 'CITIZEN SCIENCE' INI? UNTUK SEDIKIT PEMAHAMAN, CITIZEN SCIENCE MERUPAKAN ISTILAH UNTUK - ORANG BIASA YANG TIDAK TERLIBAT DALAM SAINS TETAPI MENYUMBANG DATA ATAU INFO KEPADA SAINTIS @ PENYELIDIKAN SAINS. | Pihak kami mencadangkan istilah ‘Citizen Science’ diterjemahkan kepada Sains Masyarakat atau Responden Kajian Sains, mengikut konteks yang sesuai. | Istilah | 11.11.2019 |
Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 8:51am Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ke atas dua perkataan yang berbeza iaitu Juruteknik dan Juruteknologi. Adakah dua-duanya mempunyai maksud yang sama atau berlainan? Hal ini kerana, saya telah cuba mencari di laman web DBP, tetapi masih bingung kerana kedua-duanya bermaksud sama. Walau bagaimanapun, kata akar bagi kedua-duanya adalah berlainan iaitu: 1) Teknik - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknik 2) Teknologi - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknologi Dari segi fahaman saya, teknik adalah sesuatu pengetahuan dan teknologi itu adalah hasil daripada pengetahuan itu yang menjurus kepada pembuatan mesin atau aplikasi. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan dengan tatanda awalan juru-: 1) Juruteknik: Seseorang yang mahir dalam sesuatu pengetahuan 2) Juruteknologi: Seseorang yang mahir dalam pengendalian sesuatu mesin atau aplikasi. Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 9:16am saya berharap pihak tuan/puan dapat menyelesaikan kesulitan saya. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih | Kata akar teknik dan teknologi membawa maksud yang berbeza, namun mungkin ada persamaan dalam hal yang tertentu. Dalam hal perjawatan istilah juruteknik digunakan bagi merujuk pakar dalam hal teknikal, manakala kepakaran dalam bidang teknologi menjurus terus kepada bidang tertentu. Tidak lazim digunakan istilah juruteknologi, sebaliknya pakar dalam bidang perubatan disebut doctor, pakar dalam bidang seni bina disebut arkitek dan pakar dalam bidang sains disebut ahli sains/saintis. | Istilah | 01.06.2015 |