Bagaimanakah hendak merangkaikan suku kata untuk perkataan di bawah untuk bacaan suku kata kanak-kanak umur 5 tahun: 1) bau (bau / ba.u) 2) liar (liar / li.ar) 3) saiz (saiz / sa.iz) 4) ais (ais) 5) penguin (pen.guin / pen.gu.in) | Pemenggalan suku kata perkataan yang disenaraikan adalah ialah 1) ba.u (2) li.ar (3) sa.iz (4) a.is dan (5) pe.ngu.in Anda harus membezakan dengan jelas antara pemenggalan suku kata dengan pemenggalan untuk sebutan. | Tatabahasa | 11.04.2017 |
Yang mana satu ayat yang betul (i) Kumpulan saiz output @ (ii) Saiz kumpulan output | Kedua-dua frasa tersebut adalah betul, penentuan berdasarkan yang manakah hendak ditekankan sama ada kumpulan atau saiz. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
saiz signboard 20kaki x 4 kaki | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 19.11.2015 |
Syarikat telah memohon Sijil Pengesahan Bahasa dan telah lulus dengan saiz papan tanda iaitu 16x4 kaki. 1)Sekiranya pihak syarikat bercadang untuk membuat beberapa papan tanda yang sama dengan saiz yang berbeza,adakah syarikat perlu membuat permohonan baru bagi setiap saiz papan tanda? 2) Adakah terdapat limit saiz papan tanda yang akan diguna pakai? Sekian terima kasih | Jika papan tanda yang baharu tidak terdapat sebarang perubahan teks, masih dalam kategori yang sama dan PBT yang sama, tidak perlu untuk memohon permohonan sah bahasa. Namun, perlu dirujuk dengan PBT yang berkaitan mengenai saiz dan had saiz. | Lain-lain | 14.07.2022 |
Adakah penggunaan perkataan 'sederhana' dan 'standard' dalam ayat-ayat berikut tepat dan betul? (a) Saiz badan bapa saya sederhana. (b) Saiz badan bapa saya standard. | Kebiasaannya bagi mengukur saiz badan kita akan mengunakan perkataan seperti kurus, gemuk dan gempal. Maksud sederhana yang digunakan ialah tidak lebih dan tidak kurang. Manakala standard pula bermaksud sesuatu yg dijadikan dasar utk sukatan. Ayat yang betul dan tepat ialah Saiz badan bapa saya sederhana yang lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 12.12.2015 |
Salam, boleh saya nak tahu berapakah standard saiz untuk petak kosong (satu petak diisi satu huruf) dalam persuratan? | Standard saiz untuk petak kosong ialah saiz satu aksara. | Lain-lain | 09.04.2015 |
Merujuk kepada e-mail saya pada 14 Mei 2011, saya tidak memerlukan khidmat penterjemahan tetapi saya ingin bertanya manakah antara berikut adalah ayat yang betul? 1. Perangkaan utama mengikut kumpulan saiz harta 2. Perangkaan utama mengikut saiz kumpulan harta berikut merupakan analogi kumpulan di mana menggambarkan saiz harta kurang dari RM5000 RM5000-RM10000 RM10000 dan ke atas Soalan- manakah antara dua ayat di atas adalah benar sama ada KUMPULAN SAIZ HARTA atau SAIZ KUMPULAN HARTA bagi menggambarkan selang kelas di atas? untuk makluman, soalan ini telah diajukan sebanyak dua kali dan DBP memberikan jawapan yang berbeza untuk dua soalan tersebut. sekian, terima kasih | Berdasarkan maklumat dalam ayat kedua, penggunaan frasa yang betul ialah 'saiz kumpulan harta'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Berapakah saiz font yang biasa digunakan dalam penerbitan buku untuk kanak-kanak / buku kerja sekolah rendah? | Saiz fon yang biasa digunakan ialah 16 poin (tanpa serif) bagi buku aktiviti sekolah rendah. | Lain-lain | 27.07.2010 |
Adakah penggunaan ayat "Didatangkan dalam pelbagai saiz yang berbeza" betul? Jika salah, apakah pengunaan ayat yang betul. Terima kasih. | Ayat yang sesuai ialah dengan pelbagai saiz yang berbeza | Lain-lain | 05.07.2018 |
apakah ayat yang sesuai untuk " Kolam Renang yang mempunyai saiz panjang berukuran olimpik' tapi ayat ini terlalu panjang dan saya tak nak buang perkatan olimpik? kolam renang ni hanya saiz panjang sama mcm olimpik tpi lebar nye tak sama | Ayat yang betul ialah “Kolam renang yang panjangnya berukuran Olimpik”. | Tatabahasa | 22.02.2022 |