frasa sebaik sahaja atau sebaik saja atau sebaik-baik sahaja atau sebaik-baik saja. yang mana lebih tepat? bolehke frasa sebaik saja digunakan sebagai penanda wacana atau sebaik-baik saja lebih tepat? | Frasa yang paling tepat ialah sebaik-baik sahaja. | Tatabahasa | 20.10.2010 |
"Saja je lah Lin tanya. Betul tak kak?"" Tuan, bagaimana cara tulis "je lah" dalam dialog di atas? Perlu dirapatkan atau tidak? Perkataan "je" perlu italic tak? | Tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami kerana lazimnya bahasa percakapan tidak dijadikan data untuk rujukan. Dalam hal ini saudara harus memikirkan apakah boleh difahami atau membawa maksud yang dikehendaki jika perkataan tersebut ditulis bersambung atau sebaliknya. | Ejaan | 26.06.2012 |
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara). | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara. Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda. | Tatabahasa | 12.01.2013 |
Penggunaan sahaja atau saja dalam sesuatu ayat. | Kata saja lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan, manakala dalam situasi rasmi termasuk penulisan, kata sahaja digunakan.
| Tatabahasa | 27.04.2012 |
Apakah perbezaan saja dan sahaja ? | Kedua-dua membawa maksud yang sama. Bagaimanapun, untuk yang rasmi hendaklah menggunakan perkataan sahaja. Saja hanya untuk bahasa percakapan. Untuk merujuk sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. Harap maklum. | Makna | 18.07.2008 |
cara untuk mendapatkan dua pas ke majlis/acara dalam 2 minggu saja lagi pembaharuan lain | cara untuk mendapatkan dua pas ke majlis/acara dalam 2 minggu saja | Tatabahasa | 17.07.2008 |
Tuan, antara ayat berikut yang manakah betul? (1) "Tengok tu, asal nampak saja auntie mulalah dia masuk dan memerap di bilik." (2) "Tengok tu, asal nampak auntie saja mulalah dia masuk dan memerap di bilik." | Ayat kedua lebih baik daripada ayat pertama. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih. | Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah: 1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan] 2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih]. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
1)terlalu kerap(ada perkataan ini?) 2)"bersahut-sahutan"hanya untuk bunyi burung saja.atau semua binatang? | 1)terlalu kerap(ada perkataan ini?)- boleh digunakan dalam bahasa Melayu. 2)"bersahut-sahutan"hanya untuk bunyi burung saja.atau semua binatang? bersahut-sahutan = berbalasan, berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung hutan;. Boleh digunakan untuk binatang yang lain. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat untuk keterangan lebih lanjut.
| Tatabahasa | 04.10.2012 |
saya abd ganing, baru mengajar bahasa Melayu, dan ada beberapa soalan daripada pelajar yang saya kurang pasti, iaitu penggunaan "saja" dan "sahaja". adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam setuasi rasmi atau dalam penulisan karangan? satu lagi,, adakah ayat ini ayat tunggal, "Ali seorang pelajar yang baik" menepati pola ayat dasar FN+FA. sebab yang mengelirukan ialah ada kata hubung relatif "yang" dalam ayat tersebut. email saya: anak_bapa26@yahoo.com terimah kasih.. | 1. Kedua-dua perkataan sahaja dan saja membawa maksud yang sama. Bagaimanapun, untuk yang rasmi hendaklah menggunakan perkataan sahaja. Saja hanya untuk bahasa percakapan. Untuk merujuk sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. 2. "Ali seorang pelajar yang baik" tergolong dalam ayat tunggal kerana mengandungi subjek dan predikat. Ayat tunggal selain terdiri daripada ayat penyata, juga boleh terdiri daripada jenis ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 439. | Tatabahasa | 21.04.2010 |