Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segak (orang), bergaya, tampan (laki-laki), padan atau cocok: sangat tampan Wan Derus dgn pakaian itu, nampak benar ~ Wan Derus sbg seorang panglima; manis sikap dan ~; bersajak ark padan, sesuai, cocok: mendapat isteri yg ~; menyajak menghias (memakai dll) supaya kelihatan sajak: Norman seorang pemuda Melayu yg sajak dan lawa, payah ditandingi dlm ~ badan; penyajak orang yg suka menyajak (supaya kelihatan sajak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sajak
1. Bersinonim dengan puisi
( syair, epik, gurit, bait, prosa, epos, nalam, nazam, radif, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan segak
( bergaya, tampan, lawa, cantik, indah, menarik, pantas, padan, cocok, sekah, takah, tumandang, )
(adjektif:)
Berantonim dengan hodoh

Kata Terbitan : bersajak, menyajak, menyajakkan, penyajak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
bila harus guna tanda baca ini (" ")

Untuk makluman sdr penggunaan tanda baca petik (" ") adalah seperti yang berikut:

      (a)  mengapit cakap ajuk, petikan langsung dsb.

      (b)  penulisan dailog (penulisan kreatif); "Bila sampai?" tanya Ali.

     (c)   mengapit judul rencana, karangan, puisi, dan bab buku yang dipakai dalam kalimat.;

                (i) Rencana yang ditulisnya " Manusia dan Alam Sekitar" diterbitkan dalam Majalah Dewan Siswa.

               (ii) Sajak " Bahasaku" , karya Ali telah terpilih sebagai pemenang utama dalam  pertandingan   

                    sayembara puisi.

    (d) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus;

              Ayu sedang menyediakan "anatomi" halaman buku itu.

Tatabahasa19.06.2009
Saya amat keliru tentang jenis-jenis gaya bahasa. Soalan saya: i. Adakah kata ganda merupakan salah satu daripada gaya bahasa? kerana kebanyakan buku rujukan menyatakan kata ganda merupakan salah satu jenis gaya bahasa. Kalau betul, bagaimana pula dengan kata majmuk, kata nama, kata sendi nama, kata adjektif ? ii. adakah unsur bunyi seperti asonansi dan aliterasi merupakan salah satu daripada gaya bahasa?Kata ganda ialah bentuk kata dan bukan gaya bahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa  kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Manakala gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain.
Tatabahasa04.07.2015

Kembali ke atas