Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. nama yg dipakai utk orang asli (pd umumnya); 2. nama utk suatu kaum drpd orang asli, Senoi; penghulu ~ ketua orang sakai, tok batin; 3. orang suruhan, hamba, pengikut: maka segala ~ biduanda di perahu itu pun habis terjun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg di bawah perintah; orang bawahan yg boleh disuruh-suruh: Maka segala ~ biduanda di perahu itu pun habis terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sakai

Puisi
 

Parit Keropok Parit Sakai,
     Sama tengah Parit Keruma;
Jangan reput bunga setangkai,
     Belum tahu siapa yang punya.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat pengusaha menggunakan perkataan seperti "Restoran Sakai"..adakah menjadi kesalahan dari segi bahasa memandangkan pengusaha hanya menggunakan ayat tersebut sebagai gimik sahaja.Untuk makluman, perkataan sakai bermaksud 1. nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya) 2. nama untuk suatu kaum daripada orang asli, Senoi 3. orang suruhan, hamba, pengikut. Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan tersebut adalah salah. Perkataan RESTORAN biasanya dikuti oleh jenis makanan yang dijual. Contohnya, RESTORAN MAKANAN LAUT atau RESTORAN MAKANAN JEPUN.Makna07.10.2011

Kembali ke atas