Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Sakit sama mengaduh,
     luka sama menyiuk.

Bermaksud :

Sama-sama ikut bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(53)

123

It's no use crying over spilt milk

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but it's no use crying over split milk.

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sakit tenat, sakit berat Yang manakah betul ?

Mengikut Kamus Dewan, entri sakit berat sama dengan sakit lasat, sakit payah, iaitu sakit yang teruk. Sakit tenat lebih lebih kerap digunakan berbanding dengan sakit berat, malah contoh ayat yang menggunakan ‘sakit berat’ yang terdapat dalam Kamus Dewan pun daripada bahasa klasik.

Istilah18.08.2014
Kepala saya sedang sangat sakit. Ayat ini betul ke? Sangat sakit atau sakit sangat?Ayat "Kepala saya sangat sakit" atau "Kepala saya sakit sangat",  kedua-dua ayat ini betul kerana kata penguat "sangat" boleh berada di hadapan atau di belakang kata adjektif.  Tatabahasa28.10.2022
Saya berasa sakit badan. Saya sakit badan. Sama maksud ke?Saya berasa sakit badan. Saya sakit badan. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama.Tatabahasa25.09.2022
sakit hati ataupun hati sakit bagi orang yang tersentuhYang betulnya ialah sakit hati.Tatabahasa18.07.2010
Apakah perbezaan makna antara perkataan "menyakiti" dengan menyakitkan" Kedua-duanya nampak sama saja. Terima kasih.

Menyakiti bermaksud menyebabkan orang berasa sakit atau menjadikan sakit seperti dalam contoh ayat: Sebenarnya polis tidak boleh menyakiti orang-orang tahanan, Kata-katanya menyakiti hatiku. Manakala menyakitkan bermaksud menimbulkan rasa sakit atau mendatangkan sakit, contohnya: Hulu kikir yang bujur akan menyakitkan tangan ketika menggunakannya. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, menyakiti - akibatnya kena pada seseorang, manakala menyakitkan - akibatnya kena pada sesuatu/benda.

Tatabahasa29.11.2010
1.Benarkah dia yang sakit? 2.Adakah dia yang sakit? Ayat tanya yg mana betul utk pernyataan di bawah atau kedua2 boleh digunakan.. YA.DIA YANG SAKIT.Ayat tanya yang betul ialah Diakah yang sakit?Tatabahasa24.01.2017
Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini!1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini.Tatabahasa21.04.2010
tuan menghidapi sakit lutut atau menghidapi sakit lutut? tqKata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap).Tatabahasa18.09.2011
Saya sedang bercuti sakit. Saya berada dalam cuti sakit Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah Saya sedang cuti sakit.Tatabahasa29.07.2022
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" Tatabahasa08.01.2022
12345678910...

Kembali ke atas