Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini! | 1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
1.Benarkah dia yang sakit? 2.Adakah dia yang sakit? Ayat tanya yg mana betul utk pernyataan di bawah atau kedua2 boleh digunakan.. YA.DIA YANG SAKIT. | Ayat tanya yang betul ialah Diakah yang sakit? | Tatabahasa | 24.01.2017 |
1. Adik jatuh sakit ,kerana keracunan makanan. / Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen ,sambil meminum air. / Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu ,lalu memasuki kelas. / Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Ayat/tanda baca yang betul; 1. Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih. | 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan. 2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya. 5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 6. Saya berenang di dalam air. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama. | Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan". | Tatabahasa | 02.05.2011 |
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul? | Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" | Tatabahasa | 08.01.2022 |
Bagi pernyataan berikut, manakah yang lebih tepat digunakan? semasa atau pada? 1. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam. 2. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan semasa waktu malam. terima kasih. | Pengunaan yang betul ialah Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam. | Tatabahasa | 14.06.2021 |
1) Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya juga mengalami sakit tulang belakang. 2) Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya mengalami sakit tulang belakang juga. 3)Saya mengalami demam, batuk dan selesema. Saya mengalami sakit tulang belakang pun. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah ayat 1 dan 2. | Tatabahasa | 28.06.2024 |
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut. | 1. Kedua-dua boleh digunakan. 2. Ibu sedang menjahit baju. 3. Nenek sedang memasak ikan. 4. Adik menangis kerana perutnya sakit. | Tatabahasa | 17.08.2014 |
1.Sudah bertahun atau sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2.Mohon perbetulkan kesalahan ayat di bawah. ---Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. ---Di hari raya ini ,saling mengunjungilah sesama kita. | 1.Sudah bertahun atau sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2.Mohon perbetulkan kesalahan ayat di bawah. ---Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. ---Di hari raya ini ,saling mengunjungilah sesama kita. Jawapan: 1. Sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2. Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. 3. Pada hari raya ini, saling mengunjungilah sesama kita. | Tatabahasa | 28.08.2014 |